Sumber: Pakcik Google |
Salam
Agak lama aku menyepi. Tak tau nak share apa dengan korang. Tapi hari ni aku nak citer pasal D.U.I.T. Sape kat dunia ni yang tak suke duit??...Konpem xde sape yang akan mengaku. Dunia skang ni semuanya perlukan duit. Waima nak masuk tandas awam pon kene bayar. Siap ada kategori mandi, buang air besar atau buang air kecil. Huh!!..sungguh tak munasabah. Masa memula aku nampak kategori macam tu, aku rasa benda tu lawak. Tapi lelama aku rasa menjengkelkan sebab, kalo tandas ko super bersih dan wangi takper la kan.Ini tikus pon tak sanggup buat sarang.
Sumber: Pakcik Google |
Sumber: Pakcik Google |
Macam dalam gambar kat atas tu kan??...nak letak gambar tandas awam sebagai contoh, tak lalu la pulak aku. Ok, enough about toilet. Boleh citer dalam entri lain. Skang ni tajuk aku adalah duit. Mak aku pernah kata "Duit banyak mana pon tak cukup." Dulu, aku xpaham tapi skang ni bila dah keje dan dah ada komitmen kene bayar tetiap bulan baru paham cakap mak. Betul la, duit banyak mana pon takkan cukup.
Kami suami isteri keje makan gaji dan setakat ni alhamdulillah cukup untuk kami 3 beranak. Tapi bulan puasa tahun ni, in shaa Allah akan jadi berempat. Rezeki anak kita tak tau kan??...ALLAH kan maha mengetahui dan maha penyayang. Tapi rasa risau tak cukup duit tu sentiasa ada. Kalo Ammar kekadang mintak mainan dan tak dapat belikan, aku jatuh kesian kat die. He doesn't know anything and yet he has the right to be happy.
Naik gaji berapa kali pun, kehidupan tetap begitu. Tidak mewah dan tidak pula tidak cukup. Kekadang terfikir jugak, ni mesti banyak curi tulang masa kerja . Kita semua ni manusia biasa. Takkan lari dari membuat kesilapan. Tapi bila dah sedar, jangan la pulak x buat penambahbaikan. Jadi, bagi yang di luar sana jangan risau sangat pasal duit dan jangan jadi hamba duit. Jangan sampai lupa yang bagi rezeki ni semua dariNya.
Love,
Azura