Can't wait to meet u

Lilypie Pregnancy tickers

Friday, June 3, 2016

---Baru---

Salam

Dah lama tidak mencoret apa-apa di sini setelah bersalin pada tahun 2014. Alhamdulillah, Ramadhan 2014 aku dikurniakan dengan seorang lagi cahaya mata lelaki. Syukur kerana segala-galanya berjalan dengan baik dan lancar. Baby pon sihat cuma ada sedikit jaundis. Alhamdulillah kerana jaundis nya tak teruk. 

Tiada apa yang hendak dikongsikan di sini buat masa ini. Aku telah pun berkhidmat di tempat baru dengan skop kerja yang baru. Nak kata tempat sekarang ni baru tak jugak, sebab inilah tempat pertama aku berkhidmat tetapi sekarang dalam ruang lingkup yang berbeza. Harap semuanya baik.

Semangat untuk bekerja masih belum di tahap optimum. Masih biasa-biasa sahaja...tidak ada rasa excited atau seumpamanya. Hmmm.....lenggok bahasa aku kali ini juga aku terasa agak berbeza dari sebelum ini. Hmmm....semoga semuanya OK!

Ok lah...semoga bertemu dalam entri yang lain. Entri kali ini hanya sekadar memanaskan enjin yang sudah lama tidak beroperasi. I'm back!

Love,
Azura

Wednesday, July 9, 2014

---FIFA 2014---

Salam

Entri kali ni nak share pasal FIFA 2014. Tahun ni, Brazil jadi tuan rumah. Kali ni FIFA berlangsung dalam bulan Ramadhan yang mulia. Aku ni bukan la minat sangat bola...gitu-gitu jer. Orang kata suam-suam kuku gitu. Tau la sket-sket...kalo laki aku tengok, kalo aku rasa menarik, aku join la...kalo tak menarik, aku buat tak tau jer...paling bosan, aku mintak tukar chanel...hehehehe..

Sumber: Pakcik Google

So, skang ni dah di peringkat separuh akhir....ye ke??...entah la, aku rasa jer...tapi bagi aku FIFA kali ni banyak beri kejutan. Mana taknya, banyak team pilihan dan popular tersingkir lebih awal. Contohnya, Spain, England dan Itali. Team yang tak popular pulak yang boleh maintain macam Costa Rica dengan Belgium. What??!!...Aku macam biasa la team pilihan mesti la Holland (Oranje)...walaupun tak pernah menang lagi World Cup, tapi aku tetap sokong dari dulu.

Macam subuh tadi, game antara Jerman dan Brazil, biar betul skali kene belasah dengan Jerman sampai 7-1. Perghhh...!!!....aku bangun sahur jer tengok-tengok jer dah 5-0. Tapi bagi aku pemain Colombia yang hentak Neymar patut di beri kad merah. Sampai retak tulang belakang tuuu....ish...tak best kalo bersukan sampai nak cederakan orang kan. Tapi memang rezeki Jerman kot untuk menang sebab Neymar injured. Tapi aku harap game petang ni Holland dengan Argentina, Holland menang...heheheh....

Love,
Azura

Tuesday, July 1, 2014

---Ramadhan 2014---

Salam

Dah lama tak merepek di blog ni. Lately ni aku macam busy sikit. Nak selesaikan mana-mana kerja yang patut, maklumlah skang ni dah genap 37 minggu. Bebila jer baby boleh kuar. Last check up, doktor cakap baby dah engaged. Semakin berdebar pulak rasanya.

Hari ini adalah hari ketiga kita berpuasa dan alhamdulillah aku masih mampu berpuasa 2 hari yang lepas. Semoga Allah permudahkan semuanya. Hmm...nak citer apa pon dah tak tau dah. Too many things to tell in a single entry. Dah lama sangat tak share citer kat sini. Tapi, takper la kita story jer pasal bulan Ramadhan since sekarang ni pon kita masih di awal bulan Ramadhan kan...sambil taip, sambil dengar lagu raya...hahahha..giler awal dengar lagu raya.

Sumber: Pakcik Google

Korang ada tak peristiwa-peristiwa yang tak dapat dilupakan berlaku dalam bulan puasa??...Aku pernah la jugak mengharungi beberapa peristiwa di bulan Ramadhan. Ramadhan yang tak pernah aku lupa adalah Ramadhan tahun 2000. Tahun tu adalah tahun pertama aku bergelar mahasiswa dan masa bulan puasa jugak la aku mendaftar sebagai pelajar di U*iTM. Macam biasa la, lepas mendaftar pergi tengok bilik, susun barang dalam bilik dan kemas apa yang patut. Parents pon bila dah tengok semua urusan dah selesai, bertolak lah pulang mereka. Aduhaiii....

First thing yang paling sedih, berbuka puasa tanpa keluarga dengan lauk kawah dewan makan. Makan bersama-sama dengan kawan yang baru kenal beberapa jam. Sedih wei!!...dah la aku ni tak pernah duduk asrama. Itulah pengalaman pertama duduk berjauhan dengan keluarga di bulan puasa. Sayuuu....Roomates pon masing-masing makan sambil air mata mengalir. Orientasi di bulan puasa pulak tu....hanya Allah je yang tahu perasaan aku masa tu...dengan tak cukup tidornya, dengan segala macam aktiviti lagi...huhuhuhu...Agaknya macam mana lah orang yang pergi belajar kat obersi tu kan??...

Pengalaman yang kedua adalah berpuasa ketika hamil. Tahun ini adalah tahun pertama aku mengandung di bulan puasa. Jangkaan bersalin juga di bulan puasa. Anak Ramadhan, moga dia menjadi seorang muslim yang soleh dan mendapat berkat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga semuanya di permudahkan olehNya.Aminn..

Love, 
Azura

Wednesday, May 14, 2014

---preloved breastpump---

Salam

Entri kali ni aku nak buat jualan lelong la. Semalam mengemas stor rumah dan jumpa beberapa barang yang aku rasa aku dah tak guna dan masih dalam keadaan yang baik. Daripada dibuang begitu sahaja, baik aku jual kan? Lagipon boleh mengurangkan kos bagi orang-orang yang memerlukan barangan tersebut kan? So, check it out.

Dish drainer IKEA : RM50 (inc postage)
SOLD

Avent Manual Breastpump : RM90 (inc postage)
SOLD

Medela Freestyle Breastpump + bottle : RM1050 (inc postage)
SOLD

Juicy Couture Purse : RM80 (inc postage)

Ada satu lagi, garment steam iron. Tapi gambar tak boleh nak upload. Tapi kalo berminat boleh la pm atau just leave any comment.

Goods sold are not refundable yer. For serious buyer only.

Love,
Azura

Tuesday, May 6, 2014

---Al-Fatihah: Aziz Satar---

Sumber: Pakcik Google
Salam

Hari ini negara dikejutkan dengan pemergian seorang seniman yang sangat berbakat. Allahyarham Aziz Satar atau dikenali juga sebagai Pak Ajis telah pergi menghadap Ilahi pada jam 2 pagi akibat sakit jantung. 



Kenapa aku buat entri pasal arwah Pak Ajis? Kenapa tidak artis lain?..Sebenarnya, semasa aku kursus dulu artis jemputan aku adalah beliau. Pada masa itu, kami diamanahkan untuk menjayakan satu majlis tentang filem Melayu dan kami telah menjemput beliau. Seorang yang sangat peramah dan sentiasa membuat lawak sehingga kami serta peserta majlis pada malam itu terhibur. 



Aku masih lagi kagum dengan beliau, kerana beliau boleh memandu seorang diri ke tempat majlis tanpa ditemani oleh sesiapa pon. Pada waktu malam pulak tu. Pemergiannya sungguh mengejutkan kerana tiada khabar atau berita tentang beliau sakit.



Masih teringat lagi pada malam itu, apabila ditanya tentang pengalaman beliau semasa awal penglibatan dalam bidang seni bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, konpem beliau sebak. Aduhaiiiii, betapa rapatnya beliau dengan sahabatnya itu dan hari ini mereka semua telah pun pergi buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. Amin.



Al-Fatihah.



Love, 

Azura

Wednesday, April 30, 2014

---Duit---

Sumber: Pakcik Google
Salam

Agak lama aku menyepi. Tak tau nak share apa dengan korang. Tapi hari ni aku nak citer pasal D.U.I.T. Sape kat dunia ni yang tak suke duit??...Konpem xde sape yang akan mengaku. Dunia skang ni semuanya perlukan duit. Waima nak masuk tandas awam pon kene bayar. Siap ada kategori mandi, buang air besar atau buang air kecil. Huh!!..sungguh tak munasabah. Masa memula aku nampak kategori macam tu, aku rasa benda tu lawak. Tapi lelama aku rasa menjengkelkan sebab, kalo tandas ko super bersih dan wangi takper la kan.Ini tikus pon tak sanggup buat sarang.

Sumber: Pakcik Google

Sumber: Pakcik Google

Macam dalam gambar kat atas tu kan??...nak letak gambar tandas awam sebagai contoh, tak lalu la pulak aku. Ok, enough about toilet. Boleh citer dalam entri lain. Skang ni tajuk aku adalah duit. Mak aku pernah kata "Duit banyak mana pon tak cukup." Dulu, aku xpaham tapi skang ni bila dah keje dan dah ada komitmen kene bayar tetiap bulan baru paham cakap mak. Betul la, duit banyak mana pon takkan cukup. 

Kami suami isteri keje makan gaji dan setakat ni alhamdulillah cukup untuk kami 3 beranak. Tapi bulan puasa tahun ni, in shaa Allah akan jadi berempat. Rezeki anak kita tak tau kan??...ALLAH kan maha mengetahui dan maha penyayang. Tapi rasa risau tak cukup duit tu sentiasa ada. Kalo Ammar kekadang mintak mainan dan tak dapat belikan, aku jatuh kesian kat die. He doesn't know anything and yet he has the right to be happy. 

Naik gaji berapa kali pun, kehidupan tetap begitu. Tidak mewah dan tidak pula tidak cukup. Kekadang terfikir jugak, ni mesti banyak curi tulang masa kerja . Kita semua ni manusia biasa. Takkan lari dari membuat kesilapan. Tapi bila dah sedar, jangan la pulak x buat penambahbaikan. Jadi, bagi yang di luar sana jangan risau sangat pasal duit dan jangan jadi hamba duit. Jangan sampai lupa yang bagi rezeki ni semua dariNya. 

Love,
Azura

---Baby Blanket---

Salam

Ini adalah trial product from me to all my mommies out there! Blanket yang sesuai dijadikan mattress spread especially bila travelling. So, at least kita tau our baby is sleeping on a clean spread kan?..Harga promosi RM50 including postage. Saiz blanket ni 130cm x 110cm. If interested and serious to buy boleh emel ke azutubbie@gmail.com. Check it out!


 Kod: BB01

 Kod:BB02

 Kod:BB03

Kod:BB04

Kod:BB05

Anyone if interested, boleh tinggalkan komen atau emel seperti yang tertera di atas ek!...Very limited stock sebab memang susah nak dapat banyak design. First come first serve. Happy shopping mommies.

Love,
Azura