Can't wait to meet u

Lilypie Pregnancy tickers

Friday, June 3, 2016

---Baru---

Salam

Dah lama tidak mencoret apa-apa di sini setelah bersalin pada tahun 2014. Alhamdulillah, Ramadhan 2014 aku dikurniakan dengan seorang lagi cahaya mata lelaki. Syukur kerana segala-galanya berjalan dengan baik dan lancar. Baby pon sihat cuma ada sedikit jaundis. Alhamdulillah kerana jaundis nya tak teruk. 

Tiada apa yang hendak dikongsikan di sini buat masa ini. Aku telah pun berkhidmat di tempat baru dengan skop kerja yang baru. Nak kata tempat sekarang ni baru tak jugak, sebab inilah tempat pertama aku berkhidmat tetapi sekarang dalam ruang lingkup yang berbeza. Harap semuanya baik.

Semangat untuk bekerja masih belum di tahap optimum. Masih biasa-biasa sahaja...tidak ada rasa excited atau seumpamanya. Hmmm.....lenggok bahasa aku kali ini juga aku terasa agak berbeza dari sebelum ini. Hmmm....semoga semuanya OK!

Ok lah...semoga bertemu dalam entri yang lain. Entri kali ini hanya sekadar memanaskan enjin yang sudah lama tidak beroperasi. I'm back!

Love,
Azura

No comments:

Post a Comment