Can't wait to meet u

Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, July 1, 2014

---Ramadhan 2014---

Salam

Dah lama tak merepek di blog ni. Lately ni aku macam busy sikit. Nak selesaikan mana-mana kerja yang patut, maklumlah skang ni dah genap 37 minggu. Bebila jer baby boleh kuar. Last check up, doktor cakap baby dah engaged. Semakin berdebar pulak rasanya.

Hari ini adalah hari ketiga kita berpuasa dan alhamdulillah aku masih mampu berpuasa 2 hari yang lepas. Semoga Allah permudahkan semuanya. Hmm...nak citer apa pon dah tak tau dah. Too many things to tell in a single entry. Dah lama sangat tak share citer kat sini. Tapi, takper la kita story jer pasal bulan Ramadhan since sekarang ni pon kita masih di awal bulan Ramadhan kan...sambil taip, sambil dengar lagu raya...hahahha..giler awal dengar lagu raya.

Sumber: Pakcik Google

Korang ada tak peristiwa-peristiwa yang tak dapat dilupakan berlaku dalam bulan puasa??...Aku pernah la jugak mengharungi beberapa peristiwa di bulan Ramadhan. Ramadhan yang tak pernah aku lupa adalah Ramadhan tahun 2000. Tahun tu adalah tahun pertama aku bergelar mahasiswa dan masa bulan puasa jugak la aku mendaftar sebagai pelajar di U*iTM. Macam biasa la, lepas mendaftar pergi tengok bilik, susun barang dalam bilik dan kemas apa yang patut. Parents pon bila dah tengok semua urusan dah selesai, bertolak lah pulang mereka. Aduhaiii....

First thing yang paling sedih, berbuka puasa tanpa keluarga dengan lauk kawah dewan makan. Makan bersama-sama dengan kawan yang baru kenal beberapa jam. Sedih wei!!...dah la aku ni tak pernah duduk asrama. Itulah pengalaman pertama duduk berjauhan dengan keluarga di bulan puasa. Sayuuu....Roomates pon masing-masing makan sambil air mata mengalir. Orientasi di bulan puasa pulak tu....hanya Allah je yang tahu perasaan aku masa tu...dengan tak cukup tidornya, dengan segala macam aktiviti lagi...huhuhuhu...Agaknya macam mana lah orang yang pergi belajar kat obersi tu kan??...

Pengalaman yang kedua adalah berpuasa ketika hamil. Tahun ini adalah tahun pertama aku mengandung di bulan puasa. Jangkaan bersalin juga di bulan puasa. Anak Ramadhan, moga dia menjadi seorang muslim yang soleh dan mendapat berkat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga semuanya di permudahkan olehNya.Aminn..

Love, 
Azura

No comments:

Post a Comment