Can't wait to meet u

Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Tuesday, July 1, 2014

---Ramadhan 2014---

Salam

Dah lama tak merepek di blog ni. Lately ni aku macam busy sikit. Nak selesaikan mana-mana kerja yang patut, maklumlah skang ni dah genap 37 minggu. Bebila jer baby boleh kuar. Last check up, doktor cakap baby dah engaged. Semakin berdebar pulak rasanya.

Hari ini adalah hari ketiga kita berpuasa dan alhamdulillah aku masih mampu berpuasa 2 hari yang lepas. Semoga Allah permudahkan semuanya. Hmm...nak citer apa pon dah tak tau dah. Too many things to tell in a single entry. Dah lama sangat tak share citer kat sini. Tapi, takper la kita story jer pasal bulan Ramadhan since sekarang ni pon kita masih di awal bulan Ramadhan kan...sambil taip, sambil dengar lagu raya...hahahha..giler awal dengar lagu raya.

Sumber: Pakcik Google

Korang ada tak peristiwa-peristiwa yang tak dapat dilupakan berlaku dalam bulan puasa??...Aku pernah la jugak mengharungi beberapa peristiwa di bulan Ramadhan. Ramadhan yang tak pernah aku lupa adalah Ramadhan tahun 2000. Tahun tu adalah tahun pertama aku bergelar mahasiswa dan masa bulan puasa jugak la aku mendaftar sebagai pelajar di U*iTM. Macam biasa la, lepas mendaftar pergi tengok bilik, susun barang dalam bilik dan kemas apa yang patut. Parents pon bila dah tengok semua urusan dah selesai, bertolak lah pulang mereka. Aduhaiii....

First thing yang paling sedih, berbuka puasa tanpa keluarga dengan lauk kawah dewan makan. Makan bersama-sama dengan kawan yang baru kenal beberapa jam. Sedih wei!!...dah la aku ni tak pernah duduk asrama. Itulah pengalaman pertama duduk berjauhan dengan keluarga di bulan puasa. Sayuuu....Roomates pon masing-masing makan sambil air mata mengalir. Orientasi di bulan puasa pulak tu....hanya Allah je yang tahu perasaan aku masa tu...dengan tak cukup tidornya, dengan segala macam aktiviti lagi...huhuhuhu...Agaknya macam mana lah orang yang pergi belajar kat obersi tu kan??...

Pengalaman yang kedua adalah berpuasa ketika hamil. Tahun ini adalah tahun pertama aku mengandung di bulan puasa. Jangkaan bersalin juga di bulan puasa. Anak Ramadhan, moga dia menjadi seorang muslim yang soleh dan mendapat berkat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga semuanya di permudahkan olehNya.Aminn..

Love, 
Azura

Tuesday, May 6, 2014

---Al-Fatihah: Aziz Satar---

Sumber: Pakcik Google
Salam

Hari ini negara dikejutkan dengan pemergian seorang seniman yang sangat berbakat. Allahyarham Aziz Satar atau dikenali juga sebagai Pak Ajis telah pergi menghadap Ilahi pada jam 2 pagi akibat sakit jantung. 



Kenapa aku buat entri pasal arwah Pak Ajis? Kenapa tidak artis lain?..Sebenarnya, semasa aku kursus dulu artis jemputan aku adalah beliau. Pada masa itu, kami diamanahkan untuk menjayakan satu majlis tentang filem Melayu dan kami telah menjemput beliau. Seorang yang sangat peramah dan sentiasa membuat lawak sehingga kami serta peserta majlis pada malam itu terhibur. 



Aku masih lagi kagum dengan beliau, kerana beliau boleh memandu seorang diri ke tempat majlis tanpa ditemani oleh sesiapa pon. Pada waktu malam pulak tu. Pemergiannya sungguh mengejutkan kerana tiada khabar atau berita tentang beliau sakit.



Masih teringat lagi pada malam itu, apabila ditanya tentang pengalaman beliau semasa awal penglibatan dalam bidang seni bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, konpem beliau sebak. Aduhaiiiii, betapa rapatnya beliau dengan sahabatnya itu dan hari ini mereka semua telah pun pergi buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. Amin.



Al-Fatihah.



Love, 

Azura

Wednesday, April 30, 2014

---Duit---

Sumber: Pakcik Google
Salam

Agak lama aku menyepi. Tak tau nak share apa dengan korang. Tapi hari ni aku nak citer pasal D.U.I.T. Sape kat dunia ni yang tak suke duit??...Konpem xde sape yang akan mengaku. Dunia skang ni semuanya perlukan duit. Waima nak masuk tandas awam pon kene bayar. Siap ada kategori mandi, buang air besar atau buang air kecil. Huh!!..sungguh tak munasabah. Masa memula aku nampak kategori macam tu, aku rasa benda tu lawak. Tapi lelama aku rasa menjengkelkan sebab, kalo tandas ko super bersih dan wangi takper la kan.Ini tikus pon tak sanggup buat sarang.

Sumber: Pakcik Google

Sumber: Pakcik Google

Macam dalam gambar kat atas tu kan??...nak letak gambar tandas awam sebagai contoh, tak lalu la pulak aku. Ok, enough about toilet. Boleh citer dalam entri lain. Skang ni tajuk aku adalah duit. Mak aku pernah kata "Duit banyak mana pon tak cukup." Dulu, aku xpaham tapi skang ni bila dah keje dan dah ada komitmen kene bayar tetiap bulan baru paham cakap mak. Betul la, duit banyak mana pon takkan cukup. 

Kami suami isteri keje makan gaji dan setakat ni alhamdulillah cukup untuk kami 3 beranak. Tapi bulan puasa tahun ni, in shaa Allah akan jadi berempat. Rezeki anak kita tak tau kan??...ALLAH kan maha mengetahui dan maha penyayang. Tapi rasa risau tak cukup duit tu sentiasa ada. Kalo Ammar kekadang mintak mainan dan tak dapat belikan, aku jatuh kesian kat die. He doesn't know anything and yet he has the right to be happy. 

Naik gaji berapa kali pun, kehidupan tetap begitu. Tidak mewah dan tidak pula tidak cukup. Kekadang terfikir jugak, ni mesti banyak curi tulang masa kerja . Kita semua ni manusia biasa. Takkan lari dari membuat kesilapan. Tapi bila dah sedar, jangan la pulak x buat penambahbaikan. Jadi, bagi yang di luar sana jangan risau sangat pasal duit dan jangan jadi hamba duit. Jangan sampai lupa yang bagi rezeki ni semua dariNya. 

Love,
Azura

Friday, March 21, 2014

---SPM 2013---




Salam,

Semalam adalah hari bersejarah bagi mereka yang menduduki SPM tahun lepas. Aku teringat plak masa aku amik result SPM. Huuhuhuhuh....berdedar uols, i tell u!..Yer la kan...sape la yang tak berdebor. Lama dah amik SPM ni. Aku adalah last batch yang amik SPM zaman pakai agregate. Mulai tahun 2000 dah guna SPM Terbuka. Tak banyak sangat beza cuma takde aggregate jer dan Gred 1,2 or 3. Lepas tu, aku dah lost dah dengan sistem grading SPM ni. Yang aku tau skang ni derang guna grading A-, A, A+. 


Masa aku dulu, memasing datang bawak kete, maklum la semua pakat amik lesen kete lepas abis SPM. Of course nak tunjuk kat kengkawan yang aku skang dah boleh bawak kete (hahahaha). Aku ni siap kutip kengkawan aku kat umah derang nak pergi sesama amik result. Lucu pon ada. Masa ni la jugak aku sagat pagar sekolah..hahahhaha....Bawak kancil pon tak reti nak bajet. Result SPM aku takde la cemerlang sangat, boleh la..kecewa pon ada masa tu. Tapi aku pujuk hati, asal dapat Gred 1 jadi la. Tapi aku sempat lagi tepon opis mak, nak bitau result SPM. Guna public fon gitew. Masa tu, tak ramai yang mampu pakai henfon. Siap aku kenakan mak aku kata dapat Gred 3, mak pon dengan nada sedih macam redha jer...tapi aku plak tak tahan dengar suara mak, terus cakap result sebenar.

Lepas dah dapat result SPM, of course sebok mengisi borang UPU plak kan. Hmmm....dengan result aku yang tak seberapa tu, aku pasrah jer jurusan apa jer yang layak. Tapi, aku tak berjaya masuk mana-mana IPT walaupun aku dapat offer dari U*NITEN. Tapi mak kata, mak tak mampu sebab yuran mahal. Nak book tempat jer, kene letak RM500 dulu. Aku merajuk dan aku masuk satu kolej kat KL ni. Tapi aku belajar sebulan jer, pastu aku berenti. Mak sedih lagi. Kesian mak. Mak ingat aku tak nak belajar dah. Takper la, ada rezeki lain kot. Hujung tahun ada second intake. Akhirnya aku mohon U*iTM jer dan berjaya mendapat tempat belajar. Itupon mak telefon segala sedara mara yang ada supaya aku dapat cawangan kat Perak jugak. Aku frust jugak sebab aku nak belajar jauh-jauh. Nak buat macam mana, mak nak aku belajar dekat dengan rumah. 

Yang penting, aku berjaya jugak dapat segulung ijazah dan mak bangga. Semuanya mak ek?...Bapak aku cool. Kalo boleh die nak suh aku amik jurusan akaun, tapi tak nak paksa sebab takut tak abis belajar pulak. Takper la bapak, cucu bapak ada untuk jadi akauntan. Itupon kalo derang minat. Yang penting, anak-anak dan cucu-cucu jadi orang berilmu dan berguna. Ye tak?

Love,
Azura.

Monday, March 17, 2014

---de' daun spa---

Salam

Entri kali ni nak share pasal or nak review servis di De Daun Spa. This is not sponsored entry ek. Saja nak share dengan readers (ada ke readers???). Hari Rabu hari tu, ada member wassap tanya nak pergi spa tak sebab ada promotion. Aku ni bukan jenis ke spa sebab takde member kot nak gi spa, tapi dalam hati teringin sangat nak pergi. Memandangkan kawan aku dah ajak dan ada promosi, apa salahnya kalau mencuba kan??Kami dah decide nak pergi pada hari Jumaat sebab waktu rehat pon panjang. Bila dah set appointment, kami pon pergi ke spa tersebut di Seri Kembangan di hari Jumaat yang permai. Kawan aku ambil promosi Balinese Massage dan aku tak berani nak massage masa preggy ni, so ambil promosi cuci rambut. 

Memang best la layanan dan servis dia. Peramah semuanya dan cara derang promote servis pon takde la macam paksa-paksa macam sesetengah tempat tu. Bagi kita menyampah jer. Tapi di De' Daun Spa, keadaanya tidak sebegitu which membuatkan kita sebagai pelanggan selesa.


Antara perkhidmatan yang disediakan di spa tersebut adalah seperti di atas. Selamat mencuba.

Love, 
Azura.

Friday, March 14, 2014

---kasut hilang!---

Salam

Sumber: Pakcik Google

Pagi ni, masa aku bukak pintu umah nak gi keje, aku terkejut bila aku tengok pintu rak kasut terbuka...kasut plak bersepah-sepah. Dalam hati dah terdetik mesti ada orang curi kasut sebab beberapa hari lepas jiran sebelah rumah aku baru sahaja mengalami kecurian kasut.

Aku panggil suami aku, terus suami aku tanya ada yang hilang ke?...aku pulak blur sebab kasut aku banyak, aku dah tak ingat kasut apa yang ada dan yang xde. Bila ingat balik, sah! Kasut aku 3 pasang hilang, 1 sport shoe, 1 kasut sport casual shoe dan 1 kasut crocs. Hmmm....kasut memang dah lama. Walaupun jarang pakai, tapi aku tak rasa nak beli lagi, cukup la ada sepasang. Kasut sport aku tu dah la aku siap hantar jahit sebab tapak kasut dah lekang. Haiihhhh...kalo ku tahu, tak ku hantar kasut tu gi jahit. sakit pulak hati kita, dah bayar duit security taman, tapi pencuri kasut semakin bermaharajalela. Ishhh!!...

Sabar jer la...Semoga orang tu akan mendapat hidayah dan pulangkan balik kasut aku..(dengan harapan...memang tak la kan??). 

Love,
Azura.