Salam,
Semalam adalah hari bersejarah bagi mereka yang menduduki SPM tahun lepas. Aku teringat plak masa aku amik result SPM. Huuhuhuhuh....berdedar uols, i tell u!..Yer la kan...sape la yang tak berdebor. Lama dah amik SPM ni. Aku adalah last batch yang amik SPM zaman pakai agregate. Mulai tahun 2000 dah guna SPM Terbuka. Tak banyak sangat beza cuma takde aggregate jer dan Gred 1,2 or 3. Lepas tu, aku dah lost dah dengan sistem grading SPM ni. Yang aku tau skang ni derang guna grading A-, A, A+.
Masa aku dulu, memasing datang bawak kete, maklum la semua pakat amik lesen kete lepas abis SPM. Of course nak tunjuk kat kengkawan yang aku skang dah boleh bawak kete (hahahaha). Aku ni siap kutip kengkawan aku kat umah derang nak pergi sesama amik result. Lucu pon ada. Masa ni la jugak aku sagat pagar sekolah..hahahhaha....Bawak kancil pon tak reti nak bajet. Result SPM aku takde la cemerlang sangat, boleh la..kecewa pon ada masa tu. Tapi aku pujuk hati, asal dapat Gred 1 jadi la. Tapi aku sempat lagi tepon opis mak, nak bitau result SPM. Guna public fon gitew. Masa tu, tak ramai yang mampu pakai henfon. Siap aku kenakan mak aku kata dapat Gred 3, mak pon dengan nada sedih macam redha jer...tapi aku plak tak tahan dengar suara mak, terus cakap result sebenar.
Lepas dah dapat result SPM, of course sebok mengisi borang UPU plak kan. Hmmm....dengan result aku yang tak seberapa tu, aku pasrah jer jurusan apa jer yang layak. Tapi, aku tak berjaya masuk mana-mana IPT walaupun aku dapat offer dari U*NITEN. Tapi mak kata, mak tak mampu sebab yuran mahal. Nak book tempat jer, kene letak RM500 dulu. Aku merajuk dan aku masuk satu kolej kat KL ni. Tapi aku belajar sebulan jer, pastu aku berenti. Mak sedih lagi. Kesian mak. Mak ingat aku tak nak belajar dah. Takper la, ada rezeki lain kot. Hujung tahun ada second intake. Akhirnya aku mohon U*iTM jer dan berjaya mendapat tempat belajar. Itupon mak telefon segala sedara mara yang ada supaya aku dapat cawangan kat Perak jugak. Aku frust jugak sebab aku nak belajar jauh-jauh. Nak buat macam mana, mak nak aku belajar dekat dengan rumah.
Yang penting, aku berjaya jugak dapat segulung ijazah dan mak bangga. Semuanya mak ek?...Bapak aku cool. Kalo boleh die nak suh aku amik jurusan akaun, tapi tak nak paksa sebab takut tak abis belajar pulak. Takper la bapak, cucu bapak ada untuk jadi akauntan. Itupon kalo derang minat. Yang penting, anak-anak dan cucu-cucu jadi orang berilmu dan berguna. Ye tak?
Love,
Azura.
hai Zura...
ReplyDeleteaku pun result spm wpun gred 1 tp taklah cemerlang. nak dptkan segulung ijazah tu amik ms lame... aku buat matrik sains dulu tp result hampeh tak layak nak sambung degree. aku apply diploma kt uitm guna result spm lps tu. kwn2 msuk u buat degree aku buat diploma. membazir saje2 matrik 2 tahun. lps diploma sambung pulak degree. last2 skg aku duk umah masak je. huhu.
Hai Dian..
DeleteXper...yang penting kita tak hampakan harapan ibu bapa kita...
Sy pun biasa2 je result spm sbb main2 byk.. Tu yg smbung amik STPM sbb x lpas msuk mana2 universiti pun... Alhamdulillah tebus kegagalan lalu..dpt juga masuk u dan Alhamdulillah kerja juga skrg...
ReplyDeletemasing - masing ada cerita ceriti ~
ReplyDelete:D SPECIAL GIVEAWAY {MOTOROLA GOLD EDITION} #1 SNAP PICTURE #2 POST S.G.A #3 TAG #4 BANNER :) JOMMMMM