Can't wait to meet u

Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, March 4, 2014

---hujan---

Salam,

Lately ni bumi Malaysia sangat panas ditambah dengan keadaan jerebu yang kurang sihat. Tetapi semalam hujan turun dengan lebat dan bersyukur bumi ini akhirnya basah dan dengan harapan dapat mengurangkan jerebu yang sedang melanda.

Dalam kala kita berasa keseronokkan dengan turunnya hujan yang mencurah-curah, ada khabar duka buat sahabatku. Kami tinggal setaman, jarang berbual dan jarang bertemu. Jikalau bertemu pon hanya di pejabat. Itupun apabila ada hal tertentu yang membuatkan kami bertemu. Sejak aku tidak lagi aktif di facebook, banyak perkhabaran yang berlaku di taman tidak aku sedari. Mujur lah aku ada wassap group dengan jiran-jiran, dan telah dimaklumkan isteri kepada sahabatku sedang tenat setelah keguguran. Terkejut dengan berita itu, aku terus bertanya kepada Encik Suami. Encik Suami juga terkejut. Selang beberapa minit selepas itu, kami 
dimaklumkan beliau telahpun menghadap Ilahi. Sedih dan terkejut.

Walau bagaimanapun, aku doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan kepada sahabatku, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah...

Love,
Azura.

No comments:

Post a Comment