Sumber: Pakcik Google |
Pagi ni, masa aku bukak pintu umah nak gi keje, aku terkejut bila aku tengok pintu rak kasut terbuka...kasut plak bersepah-sepah. Dalam hati dah terdetik mesti ada orang curi kasut sebab beberapa hari lepas jiran sebelah rumah aku baru sahaja mengalami kecurian kasut.
Aku panggil suami aku, terus suami aku tanya ada yang hilang ke?...aku pulak blur sebab kasut aku banyak, aku dah tak ingat kasut apa yang ada dan yang xde. Bila ingat balik, sah! Kasut aku 3 pasang hilang, 1 sport shoe, 1 kasut sport casual shoe dan 1 kasut crocs. Hmmm....kasut memang dah lama. Walaupun jarang pakai, tapi aku tak rasa nak beli lagi, cukup la ada sepasang. Kasut sport aku tu dah la aku siap hantar jahit sebab tapak kasut dah lekang. Haiihhhh...kalo ku tahu, tak ku hantar kasut tu gi jahit. sakit pulak hati kita, dah bayar duit security taman, tapi pencuri kasut semakin bermaharajalela. Ishhh!!...
Sabar jer la...Semoga orang tu akan mendapat hidayah dan pulangkan balik kasut aku..(dengan harapan...memang tak la kan??).
Love,
Azura.
No comments:
Post a Comment