Can't wait to meet u

Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, March 6, 2014

---projek memikat suami---

Salam,

Hari ni aku nak buat entri pasal drama adaptasi novel, "Projek Memikat Suami". Sebelum drama ni ditayangkan kat A*stro, aku dah baca terlebih dahulu novelnya. Tak sangka pulak novel ni akan dijadikan drama. 


Aku sangat enjoy masa baca novel ni. Comels!...Daripada mula Nawwal Husna diperkenalkan dengan Zahrin sehinggalah mereka bahagia. Senyum sengsorang baca novel ni. Bila kakak aku datang umah, die ternampak novel ni...terus nak pinjam dan nak baca. Hehehehehe...tajuk pon dah catchy.


Tak lama lepas tu, A*stro buat promo untuk drama novel ni. Terus aku rasa excited. Kene tengok macam mana novel ni didramakan sebab ada babak-babak yang agak sensored. Walau bagaimanapun, aku tetap nak tengok macam mana novel didramakan dan diolah untuk dijadikan sebuah drama.



Bagi aku gandingan Aiman Hakim Ridza dengan Emma Maembong menjadi untuk menjayakan watak dalam novel "Projek Memikat Suami" ni. Watak yang paling aku suke adalah Wati yang bawak watak Nawrah kakak kepada Nawwal. Bagi aku menjadi.


Memandangkan drama ni ada berapa belas episod jer, aku takkan lepaskan peluang untuk menontonnya setiap hari Isnin, pukul 10.00 malam. Enjoy peeps!

Love,
Azura.

No comments:

Post a Comment