Salam
Baru-baru ni, kita dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat M*alaysia A*irline S*ystem (M*AS) iaitu MH*370. Pesawat tersebut sepatutnya menuju ke Beijing, China dengan membawa seramai 227 orang penumpang bersama 12 orang anak kapal dan menjadikan jumlahnya adalah seramai 239 orang. Pesawat tersebut diberitakan bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu (8 Mac 2014) menuju ke Beijing, China. Walau bagaimanapun, pesawat tersebut telah hilang dari radar setelah menghubungi menara kawalan di Ho Chi Minh, Vietnam pada pukul 2.40 pagi dan terus terputus hubungan.
Pelbagai spekulasi telah dibuat melalui laman sosial dimana ada yang menyatakan pesawat tersebut telah terhempas dan ramai juga rakyat yang menuduh kononnya kerajaan lambat membuat tindakan dalam urusan pencarian dan memaklumkan perkara sebenar kepada media. Namun, bagi pandangan aku sesuatu berita itu tidak mudah dibicarakan tanpa sebarang bukti. Siapa yang inginkan kecelakaan berlaku?? Walaupun aku tidak terlibat secara langsung dalam tragedi ini, tetapi perasaan ahli keluarga yang terlibat perlu dijaga. Ini adalah kerana keadaaan adalah tegang dan tidak tentu arah di mana semua orang tertanya-tanya , bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Sabar...semua pihak bertanggungjawab sedang menjalankan tugas masing-masing dengan penuh dedikasi. Janganlah burukkan dan keruhkan lagi keadaan yang sedia keruh dan penuh dengan tanda tanya.
Jiran aku keje dengan f*reescale dan dalam flight tu memang ada pekerja f*reescale. Semuanya dikenalinya. Salah seorang pramugara dalam flight itu juga adalah sepupu kepada sahabatku. Siapa sangka perkara begini terjadi. Lebih baik kita mendoakan yang terbaik walaupun harapannya adalah sangat tipis .
Love,
Azura
No comments:
Post a Comment