Salam
Entri sebelum ni aku share pasal checklist barang untuk dibeli untuk baby, tapi hari ni aku nak share pasal barang apa yang korang kena beli kalau korang decide nak fully bf.
1. Nursing Bra
- Nursing bra ni ada macam design. Ada yang wired, ada untuk tidur malam, ada yang padded dan ada yang biasa punya. It's up to you all nak pakai yang mana satu punya design. Masa aku dalam pantang dulu, makcik hasben aku ada macam-macam petua. Jangan pakai bra la masa pantang, jangan minum air banyak-banyak. Tapi, zaman sekarang dah moden better google jer dan cari info. Please wear your nursing bra masa dalam pantang and please drink a lot of water sebab uols akan kehausan dalam pantang sebab bf. Kalo ada yang tanya nak beli nursing bra kat mana, jangan risau, korang boleh beli kat mana-mana kedai yang jual barangan ibu dan anak. Macam aku, untuk nursing bra aku memang prefer untuk pakai yang Fabulousmom punya.
2. Breast pad
- Breast pad sangat berguna bila sudah mula bekerja. Bagi ibu-ibu yang dapat rezeki lebih, in shaa Allah melimpah ruah korang punya susu and kalau x pakai breast pad ni, jawabnya basah la baju korang tu. Breast pad ni pon ada 2 jenis iaitu yang disposable dan juga yang boleh dibasuh dan dipakai semula sebab die kain. Aku pakai 2 2, kalau aku kene outstation kena la pakai yang disposable kan? Kalau nak jimat baik beli yang boleh dibasuh tu.
3. Breastfeeding pillow
- Aku suggest untuk beli sebab kadang-kadang baby menyusu lama dan tanga kita pon dan start lenguh-lenguh. So, better beli la untuk keselesaan untuk baby dan juga mummy.
4. Nipple Cream
- Owh, please buy this. Aku sangat ngeri bila dengar ada ibu yang menyusu sampai berdarah dan menanah. Aku x pasti sama ada benda ni betul-betul membantu atau tidak sebab aku dari mula bf, aku terus apply every time selepas bf. Aku beli bradn Earth Mama sebab ianya produk organik. Hasben aku sangat support produk organik dan aku pon suke untuk kesihatan baby juga so that die tak terdedah dengan bahan-bahan kimia di awal kelahiran.
5. Breastpump
- Untuk ibu-ibu yang bf dan bekerja dijemput untk beli breastpump. Breastpump ni pun ada 2 jenis iaitu manual atau elektrik. terserah untuk buat pilihan sama ada nak guna yang manual atau yang elektrik. Tapi yang elektrik agak mahal berbanding dengan manual. Boleh survey dan buat bajet. Skang ni ada macam-macam brand breastpump. Macam aku dulu aku beli Avent. Sebab aku rasa aku mampu untuk beli brand tu dan aku ada 2 2 which is manual and electric. Selain itu, ada jugak breast pump untuk sebelah sahaja atau untuk kedua-dua belah. Apa-apa pun terserah kepada bajet yang ibu-ibu ada.
6. Cooler Bag
- Untuk working mommies, please have it. Sebab of course korang nak pam kat opis kan. So, cooler bag ni berfungsi untuk maintain temperature yang sejuk untuk ebm kita. Kalau ada cooler bag, mesti ada cooler pack. Cooler pack ni selalunya kita dah letak kat freezer dan guna bersama cooler bag.
7. Storage untuk susu (EBM)
- Storage ebm ada 2 jenis jugak. Sama ada uols nak simpan dalam botol atau plastic bag khas untuk ebm. Macam aku, aku prefer plastic bag storage sebab lepas jer guna boleh terus buang...heheheheh....tak payah nak basuh-basuh and sterilize dah. Itu untuk orang malas macam aku dan aku rasa boleh jimat space freezer.
So, aku rasa itu yang aku rasa keperluan untuk ibu menyusu and of course untuk working mommies macam aku jugak. Hope boleh bantu korang untuk buat checklist.
Love,
Azura.
Nipple cream x pnh guna wpun luka..sbb saya sapu susu ibu je... Yg lain2 mmg ada beli..
ReplyDelete