Can't wait to meet u

Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

---checklist: barang untuk breastfeeding---

Salam

Entri sebelum ni aku share pasal checklist barang untuk dibeli untuk baby, tapi hari ni aku nak share pasal barang apa yang korang kena beli kalau korang decide nak fully bf.

1. Nursing Bra

  • Nursing bra ni ada macam design. Ada yang wired, ada untuk tidur malam, ada yang padded dan ada yang biasa punya. It's up to you all nak pakai yang mana satu punya design. Masa aku dalam pantang dulu, makcik hasben aku ada macam-macam petua. Jangan pakai bra la masa pantang, jangan minum air banyak-banyak. Tapi, zaman sekarang dah moden better google jer dan cari info. Please wear your nursing bra masa dalam pantang and please drink a lot of water sebab uols akan kehausan dalam pantang sebab bf. Kalo ada yang tanya nak beli nursing bra kat mana, jangan risau, korang boleh beli kat mana-mana kedai yang jual barangan ibu dan anak. Macam aku, untuk nursing bra aku memang prefer untuk pakai yang Fabulousmom punya. 
2. Breast pad
  • Breast pad sangat berguna bila sudah mula bekerja. Bagi ibu-ibu yang dapat rezeki lebih, in shaa Allah melimpah ruah korang punya susu and kalau x pakai breast pad ni, jawabnya basah la baju korang tu. Breast pad ni pon ada 2 jenis iaitu yang disposable dan juga yang boleh dibasuh dan dipakai semula sebab die kain. Aku pakai 2 2, kalau aku kene outstation kena la pakai yang disposable kan? Kalau nak jimat baik beli yang boleh dibasuh tu.
3. Breastfeeding pillow
  • Aku suggest untuk beli sebab kadang-kadang baby menyusu lama dan tanga kita pon dan start lenguh-lenguh. So, better beli la untuk keselesaan untuk baby dan juga mummy.
4. Nipple Cream
  • Owh, please buy this. Aku sangat ngeri bila dengar ada ibu yang menyusu sampai berdarah dan menanah. Aku x pasti sama ada benda ni betul-betul membantu atau tidak sebab aku dari mula bf, aku terus apply every time selepas bf. Aku beli bradn Earth Mama sebab ianya produk organik. Hasben aku sangat support produk organik dan aku pon suke untuk kesihatan baby juga so that die tak terdedah dengan bahan-bahan kimia di awal kelahiran.
5. Breastpump


  • Untuk ibu-ibu yang bf dan bekerja dijemput untk beli breastpump. Breastpump ni pun ada 2 jenis iaitu manual atau elektrik. terserah untuk buat pilihan sama ada nak guna yang manual atau yang elektrik. Tapi yang elektrik agak mahal berbanding dengan manual. Boleh survey dan buat bajet. Skang ni ada macam-macam brand breastpump. Macam aku dulu aku beli Avent. Sebab aku rasa aku mampu untuk beli brand tu dan aku ada 2 2 which is manual and electric. Selain itu, ada jugak breast pump untuk sebelah sahaja atau untuk kedua-dua belah. Apa-apa pun terserah kepada bajet yang ibu-ibu ada. 
6. Cooler Bag
  • Untuk working mommies, please have it. Sebab of course korang nak pam kat opis kan. So, cooler bag ni berfungsi untuk maintain temperature yang sejuk untuk ebm kita. Kalau ada cooler bag, mesti ada cooler pack. Cooler pack ni selalunya kita dah letak kat freezer dan guna bersama cooler bag.
7. Storage untuk susu (EBM)
  • Storage ebm ada 2 jenis jugak. Sama ada uols nak simpan dalam botol atau plastic bag khas untuk ebm. Macam aku, aku prefer plastic bag storage sebab lepas jer guna boleh terus buang...heheheheh....tak payah nak basuh-basuh and sterilize dah. Itu untuk orang malas macam aku dan aku rasa boleh jimat space freezer.
So, aku rasa itu yang aku rasa keperluan untuk ibu menyusu and of course untuk working mommies macam aku jugak. Hope boleh bantu korang untuk buat checklist.

Love,
Azura.

Thursday, March 13, 2014

---checklist: barang baby---

Salam


Hari ni aku nak share pasal checklist barang baby untuk mummy-to-be. Anyway, it's for me too since aku pon tengah preggy with second baby. So, ada benda yang kene beli jugak untuk second baby ni. Tapi yang pastinya aku nak memenuhi permintaan seorang sahabat yang akan jadi mommy in September..In shaa Allah. Way to go my friend!!..So, this is what i can share with all mommy-to-be out there!


In the first place, you guys need to decide sama ada nak fully breastfeed (bf) or nak campur dengan formula milk (fm). Kalo tanya pandangan aku, lebih baik bf, please feed the best for your baby mommies! Okay, let's talk about the checklist after you have decided.


1.
KEPERLUAN ASAS BABY

(a)    Pakaian baby
-                 Pakaian baby ni kalo nak explain banyak sangat sebab kene beli untuk siang ada baju yang tidak berlengan, baju lubang-lubang (baju ni penting especially masa baby demam), baju lengan panjang untuk tidur malam. Baju untuk jalan-jalan, bagi aku xperlu yang fancy sangat, pakai jer apa yang ada. Tapi bagi pakai rompers senang sket, sebab die 1 piece. Jangan lupa mittens and booties too!
-                 Barut baby. Barut baby ada yang bertali dan ada yang Velcro. Terserah nak pakai yang mana. Bagi aku, tak kesah pon yang mana, yang ikat pon ok, yang Velcro pon ok.
-                 Napkin. Yes, i know ramai yang akan kata “We have diapers.”. Aku pon guna diapers kot, tapi napkin ni penting jugak, tak perlu beli banyak sebab aku guna untuk bedung die jer supaya die nyenyak tidur.
-                 Diapers. You guys boleh pilih sama ada nak guna lampin pakai buang atau cloth diaper (CD). Macam aku, aku guna 2 2 skali. Maybe dalam next entry aku akan share padal CD ni.
-                 Selimut untuk baby. Yang ini pon optional. Tapi elok beli yang hooded. Senang, boleh guna masa deliver nanti.
-                 Towel. Jangan lupa beli towel untuk baby lepas baby mandi. Untuk baby boy, aku advice beli lebih sket, sebab baby boy suke “pancut” lepas mandi...hehehehe...
-                 Tungku untuk tuam. Sesetengah orang tak amalkan, tapi my mother amalkan untuk elak kembung perut and also angin pasang. Tapi tungku tu, my mother buatkan untuk my elder son.

(b)   Kelengkapan baby
-                 Katil baby/Baby cot. Yang ni aku tak suggest beli. Sebab konsep aku adalah lebih baik baby tidor dekat dengan kita untuk bonding. Bila lagi nak bonding kan??...Nanti dah besar, we don’t have a chance to sleep together and kiss our children like we did as they were a child. Tapi terserah, ini adalah pilihan anda. If rasa perlu, boleh jer. Aku hanya member pandangan peribadi aku. No harm kan?
-                 Set tilam baby. I would prefer this one. Yes, please get it. So, that siang-siang die boleh tidur kat atas tilam, tak payah nak buai bagai. Malam-malam die tidur dengan kita atas katil atau kita tidur sekali atas tilam kat bawah. Senang nak bf.
-                 Lapik getah. Yang ni pon penting sebab kalo baby terbuang masa kita tengah siapkan die, x la direct terus ke atas tilam. So, boleh cuci lagi lapik getah tu.
-                 Bouncer. Yang ni, kalo rasa nak beli boleh jugak. Sebab aku guna anak saudara aku punya jer. Tak beli yang baru pon. Okay jugak sebab kalo baby tak tidor, boleh ajak die tengok TV atas bouncer die sambil kita enjut-enjut die. Mesti die tidur lepas tu. Hehehehehe....
-                 Kelambu baby. Kelambu ni yang ala-ala paying tu. Lebih elok beli untuk elak digigit nyamuk. Especially di waktu siang hari.
-                 Tab mandi baby. Jangan lupa beli yang ni. Takkan nak mandikan baby kat singki pulak kan??

(c)    Alat kecantikan baby
-                 Alat mandian baby. Untuk mandian, aku memang guna yang head-to-toe and dari Baby Organix. Senang, all in one. Tak payah nak beli asing-asing. Sabun lain, syampu lain kan?
-                 Bedak. Okay, aku memang tak pakaikan bedak kat anak aku. Sebab bedak adalah sejenis debu yang wangi yang mungkin akan merbahaya kepada baby. Yer, nanti akan kata, dulu mak aku pakaikan aku bedak, sihat jer aku. Bagi aku, memandangkan kita ada ilmu, apa salahnya kalo baby tak pakai bedak pon sebab baby dah memang wangi.
-                 Baby wipes. Ini utuk kegunaan untuk lap montot baby. Tapi tetap kene lap dengan kapas yang dibasahkan dengan air suam. Supaya montot baby tak melecet.
-                 Minyak telon. Mungkin ada yang tak guna. Tapi aku guna supaya baby rasa panas dan untuk elak kembung jugak.
-                 Putik kapas. Yang ni untuk digunakan untuk cuci hidung dan telinga baby. Korek pelan-pelan. Beli yang khas untuk baby.
-                 Minyak rambut. Eloklah kiranya sapu minyak rambut kat baby untuk elak selesema. Ini petua mak-mak.
-                 Nail clipper. Walaupun baby pakai mitten dengan bootie, kebersihan kuku die tetap kene jaga.
-                 Nasal aspirator. Penting ni. Tapi kalo nak buat manual pon boleh jugak.
-                 Termometer. Ini untuk monitor suhu badan baby supaya kita boleh bertindak cepat kalo baby punya temperature naik.

2.
KELENGKAPAN BAYI UNTUK TRAVEL

(a)    Stroller
-                 Stroller ni ada macam-macam brand and design. Aku tak dapat nak bagi pendapat which stroller yang bagus sebab aku guna anak saudara aku punya jugak. Kakak aku bagi free. So, aku grab jer, janji jimat. Korang boleh la cari maklumat kat mana-mana blog ek.
(b)   Car-seat
-                 Sila la beli yang boleh guna dari baby sampai la umur 4 atau 5 tahun mengikut berat badan. So, boleh pakai lama. Jimat.
(c)    Baby carrier
-                 Baby carrier ni pon ada macam-macam design, sling la, baby wrap la. Ikut la kesesuaian.
(d)   Beg untuk bawa barang baby.
-                 Bila travel, kita nak kene bawak botol susu, napkin, pampers, baju extra, susu (if not bf), termos, nursing cover (if bf). So, senang bawa jer semua dalam beg.
3.
KEPERLUAN UNTUK BOTTLE FEEDING

(a)    Botol Susu
-          Sekarang ni ada macam-macam brand, sila lah buat pilihan. Beli 2 botol 4oz dan 2 botol 12oz.
(b)   Puting botol susu
-          Sila lah beli yang untuk umur 0-6 months especially yang bf.
(c)    Bottle Sterilizer
-          Senang sebab sebab lepas basuh boleh terus sterilkan. If you guys nak buat manually pon boleh if nak jimat. Macam aku ni pemalas, so really need this device.
(d)   Bottle Warmer/ Food Warmer
-          Selalunya aku akan guna bila baby dah boleh makan. Sebab aku akan masak bubur pada waktu subuh dan akan bekalkan kepada pengasuh dan masuk dalam fridge untuk makan malam baby. Masa tu la aku guna food warmer ni. Sama jugak masa nak ajar baby bottle feeding, expressed breast milk (ebm) tu akan kupanaskan menggunakan benda ni jugak.



Wow!!...Banyaknye barang yang nak kene beli untuk first baby. Now only i realized. Itu pon ada beberapa benda yang aku ambil dari kakak aku jer. Mungkin ada yang tertinggal sebab macam banyak yang tak ingat dah. So, harap-harap entri kali ni dapat membantu bakal ibu.


p/s: Dear, Izzah...hope it will assist you.

Love,
Azura

Wednesday, November 23, 2011

---kuning@jaundis---

Salam...
Okey, dalam entri sebelum ni aku dah bitau yang aku nak share tips pasal elak baby dapat demam kuning atau jaundis. Aku adalah sangat excited untuk share pengalaman ni sebab terdengar isu ini diperkatakan di Sinar FM. Kalau ikutkan hati nak jer telefon Sinar masa tu dan share pengalaman aku sendiri. Okey, kita mulakan daripada apa itu demam kuning atau jaundis. Menurut mybengkung:
"Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. 
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor."
Jadi, apa yang boleh kita buat untuk elak anak kita daripada kene demam kuning. Aku dapat tips ni daripada kawan baik aku. Dia bitau aku bila dah masuk third trimester minum la susu kambing untuk elak jaundis sebab anak die memang tak kene jaundis. So, aku pon ikut la saranan die. Dalam mencari cari susu kambing, aku terjumpa susu kambing Karihome kat Baby Fair, Midvalley. Susu tepung tau. Korang boleh bancuh dengan milo ke untuk hilangkan rasa hamis kambing tu. Aku memang amalkan. Menurut orang yang jual susu tu kata, susu kambing Karihome ni boleh elakkan baby daripada dapat eczima (betul ke aku eja ni??...janji korang faham). Alhamdulillah, memang berhasil. Ammar tak kene jaundis. 
Susu Karihome adalah seperti imej di bawah:
Imej: Encik Google

Cuba lah kalau nak tau benar atau tidak. Lagi satu, menurut jururawat yang datang check up aku, die kata jangan bagi baby minum susu kambing dan ibu pon jangan minum susu kambing sebab takut baby tak tahan panas. Penyelesaian kedua adalah dengan breastfeeding jer kepada baby kita tu...

Next entri aku bagi tips untuk bagi banyak susu ek!

Love,
Azura

Tuesday, November 22, 2011

---sibuk---

Salam...

Kalau sebelum ni tajuk entri aku adalah ---bosan---, tajuk entri kali ni sangat berbeza...Ya, aku sudah mula sibuk dan kepala otak aku semakin sesak dan semak dengan hal-hal kerja. Nak sangat kerja kan??...amik kau...buat sampai muntah...

Tapi mula terasa aku bekerja kalau nak dibandingkan dengan keadaan sebelumnya...Okay la, enough about kerja.

Sekarang ni Ammar dah 5 bulan. How time flies!!...tak sedar pon anak teruna aku nan seorang tu dah besar dan dah nak merangkak dah. Dan selama 5 bulan jugak aku berjaya fully bf. Alhamdulillah..tuhan bagi aku kesempatan untuk menyusu badan sepenuhnya untuk dak Ammar. So, for those ou there yang cuba nak bf dan sedang bf, teruskan usaha anda. You can do it!!...

Next entri, aku akan share pasal kenapa Ammar tak kene demam kuning atau Jaundis.

Love,
Azura

Thursday, September 29, 2011

---cabaran---

Salam


Dalam entri kali ni, aku nak bercakap tentang cabaran. Cabaran apa ek?...Dalam hidup kita ni kalo takde cabaran bukan la hidup namanya. Orang kata cabaran ni la yang mewarnai hidup kita. Kalo tak, hidup kita takde warna, bosan kot. Cabaran yang paling susah bagi aku setelah bergelar seorang ibu adalah menyusu badan a.k.a breastfeeding. Pergh! Memang pedih...sesungguhnya memang aku dan suami mahu menyusukan susu badan kepada Ammar secara eksklusif selama 6 bulan dan terus menyusu badan dengan makanan pelengkap selepas 6 bulan. Tapi cabarannya memang sangat psiko.

Antara cabarannya adalah seperti berikut:
1. Mak aku tak pernah support untuk aku menyusu badan sepenuhnya. 
   Alasan: Takut baby tak puas menyusu and tak tau baby kenyang ke tak. Sebab kalo bagi botol boleh tau berapa oz die dah minum.---->aku buat tak tau walaupun sedih.

2. Makcik aku (kakak mak aku yang sulung) selalu memberi nasihat yang bagi aku agak mengarut dan mak aku akan terpengaruh. Contohnya, masa dalam pantang Ammar selalu sangat buang air besar sampai bontot comel die luka. Sebab sehari tak tau berapa kali membuang. Makcik aku cakap kalau menyusu badan, baby memang kerap membuang dan potensi bontot luka memang tinggi. Kalau tak nak kejadian itu berlaku hendaklah campur formula milk (fm). ---->Aku sangat bengang tapi diam sahaja. Mak aku terpengaruh ok?

3. Jiran depan rumah mak aku juga suka memberi nasihat yang boleh mempengaruhi mak aku hanya kerana jiran aku tu mempunyai ramai anak lelaki. 

Jiran: Adik (panggilan jiran aku untuk aku) nanti bila Ammar dah masuk 4 bulan adik kena bagi die minum nestum. Masa tu baby lelaki kuat menyusu.

Aku: ---senyum---

Mak: Itu ler memang kena campur. Budak lelaki memang kuat menyusu.

Aku: Kalau boleh nak bagi susu badan jer sampai 6 bulan.

Jiran: Boleh...nanti adik la yang teruk. Sket sket nak nyusu ja.

Aku: Cuba. Kene cuba.

Mak: ---diam--- (tak setuju la tu...hehehehe)

4. Suami jiran yang sama punya nasihat lagi macam jahanam.

Suami jiran: Adik nanti hantaq Ammar rumah orang ka?

Aku: Ha'ah. Ada orang bela budak dekat dengan area rumah.

Suami jiran: Nanti bagi botoi la.

Aku: Ha'ah, tapi susu badan la. Sebab tu dah start ajar Ammar minum botol daripada skang.

Suami jiran: Macam mana nak bagi susu badan?Pam?

Aku: ---angguk---

Suami jiran: Adik bebaik. Nanti pam pam, t*etek jadi panjang macam kawan acik kat opis tu.

Aku: ---diam--- (dalam hati: WTF?...laki aku pon tak pernah komplen)

Aku rasa sangat sakit hati bila bercakap dengan orang yang berfikiran cetek dan tak mementingkan faedah dan kebaikan untuk anak-anak. Mak dengan Bapak aku diam. Aku geram dan buat degil. 

5. Selepas berpantang, timbullah bulan Ramadhan. Aku memang berniat untuk berpuasa walaupun menyusu badan. Mak aku bersembang dengan mak mertua aku.

Mak: Bulan puasa ni tak tau la macam mana. Die ni menyusu budak.

Mak mertua: Saya dulu, mak mertua saya tak bagi puasa sebab menyusukan Boy (nama manja laki aku).

Mak: Itu ler.

Mak tengok aku dan dengan selamba aku jawab.

Aku: Kene cuba dulu. Jangan nak dengar cakap orang jer. Kekadang tu semua tu mitos jer. Masa sahur makan dgn minum la banyak banyak.

Boleh aku jawab macam tu? Mak mertua aku diam, mak aku pon diam. Geram. Takkan la sebab menyusu badan tak boleh berpuasa melainkan memudaratkan. Sebelum tau mudarat ke tak mesti la kene cuba dulu kan?...

Itu lah antara cabaran daripada keluarga yang perlu aku hadapi. Aku tak salahkan mak aku dalam hal ni, sebab zaman dulu ibu ibu tidak diberi pendedahan tentang khasiat susu ibu. Zaman dulu pon bukan macam sekarang ni, ada pam bagai.

Jadi, kesimpulannya buat tak tau jer bila derang ni bercakap perkara yang bukan bukan dan tak logik. Teruskan breastfeeding tu. Alhamdulillah 3 bulan setengah ni Ammar masih lagi menyusu badan dan aku tak nak give up.

Love,
Azura