Can't wait to meet u

Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, May 6, 2014

---Al-Fatihah: Aziz Satar---

Sumber: Pakcik Google
Salam

Hari ini negara dikejutkan dengan pemergian seorang seniman yang sangat berbakat. Allahyarham Aziz Satar atau dikenali juga sebagai Pak Ajis telah pergi menghadap Ilahi pada jam 2 pagi akibat sakit jantung. 



Kenapa aku buat entri pasal arwah Pak Ajis? Kenapa tidak artis lain?..Sebenarnya, semasa aku kursus dulu artis jemputan aku adalah beliau. Pada masa itu, kami diamanahkan untuk menjayakan satu majlis tentang filem Melayu dan kami telah menjemput beliau. Seorang yang sangat peramah dan sentiasa membuat lawak sehingga kami serta peserta majlis pada malam itu terhibur. 



Aku masih lagi kagum dengan beliau, kerana beliau boleh memandu seorang diri ke tempat majlis tanpa ditemani oleh sesiapa pon. Pada waktu malam pulak tu. Pemergiannya sungguh mengejutkan kerana tiada khabar atau berita tentang beliau sakit.



Masih teringat lagi pada malam itu, apabila ditanya tentang pengalaman beliau semasa awal penglibatan dalam bidang seni bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, konpem beliau sebak. Aduhaiiiii, betapa rapatnya beliau dengan sahabatnya itu dan hari ini mereka semua telah pun pergi buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman. Amin.



Al-Fatihah.



Love, 

Azura

1 comment: