Can't wait to meet u

Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, September 27, 2011

Berkorban

Salam

Hari ini aku sangat mengantuk. Macam ni la agaknya mak-mak kita dulu bersengkang mata menjaga kita masa kecil dan tak nak tidur malam. Patut la syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 

Malam tadi tak tau kenapa Ammar tak nak tidur. Asyik merengek jer. Bagi susu tak nak, baring tak nak. Asyik nak beriba jer. Aduh!...mama penat la Ammar. Esok nak kerja lagi. Tapi apakan daya, anak punya pasal mama tidur duduk la jawabnyer.

Malam tadi juga mama berterus terang dengan papa. Tak tau la papa boleh terima atau tidak. Mama tak kisah kalau papa nak bawak Ammar jumpa Uci dengan Ninek. Tapi Uci dengan Ninek tak pernah alert dengan kemahuan Ammar. Bila balik umah Ammar akan meragam. Mama letih, dan mama rasa papa tak pernah nak cuba faham keadaan mama. Tuhan sahaja yang tahu betapa penatnyer mama bila menyusu badan dan juga bekerja. Bukan mama merungut tapi mama juga mahu berehat. Mama lagi sedih bila Ammar tak nak menyusu semalam. Hati ini hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya mama bila Ammar menolak untuk menyusu. Susahnya hati mama. Sampai pagi tadi sebelum ke rumah pengasuh pon Ammar menyusu sikit jer daripada badan mama. Sesungguhnya cabaran menyusun badan amatlah besarnya.

Ya Allah, ya tuhanku. Kau berikanlah aku semangat dan kekuatan untuk terus menyusu badan untuk anakku. Amin...

Love,
Azura

2 comments:

  1. kena banyak sabaq kan achik..aku doakan ang boleh..aku suka baca pglmn org full bf ni..ang leh refer blog www.sarakids.com/blog
    ada anak kecik cmni la..kena korban masa..tido sambil duduk tu dah biasa..kalo amar meragam, ang cuba taruk myk telon kat perot, blakang dia, tapak kaki..urut betis dia..kot2 dia xbrapa selesa perot tu..ang pn jaga mkn..jgn mkn yg pedas2..yg berangin kat baby..

    ReplyDelete
  2. mmg aku dah prepare mental dgn fizikal untuk bf sepenuhnyer...tp aku adalah sgt protective terhadap ammar....tak suke org asyik nak main dgn die smpai lupa yang die perlu tidur yg cukup untuk membesar....

    ReplyDelete