Can't wait to meet u

Lilypie Pregnancy tickers

Saturday, January 14, 2012

---7 bulan---

Salam...

azurarazali
Ammar @ 6 months + (1.1.2012)

Diam tak diam, anak teruna I yang seorang ni dah pun 7 bulan!...How time flies...tak sedar pon...mama pon sama tua la....huhuhu...tahun ni mama dah nak masuk 3 series la sayang....

Ammar dah boleh berdiri!...giler laju kot progress si tomei ni...hihihi....So, mama and papa decide nak pergi vacation somewhere in February nanti sebab anak mama ni dah pandai berdiri....ke mana??....tunggu...yang pasti dalam Malaysia jer...tapi I pon excited la u olls!...See ya...

Wassalam.

Love,
Azura.

Wednesday, January 4, 2012

---memories---

Salam...

Tahun 2012 akan bermula dengan suasana dan keadaan baru dalam hidup aku. Pertama sekali, aku telah kehilangan seorang kawan. Beliau telah dipanggil Ilahi kerana komplikasi selepas bersalin. Semoga beliau tenang di sana. Memang la aku tak rapat dengan die, tapi kami sama sama report duty di kementerian yang sama untuk first posting. 


Noria binti Idris
1.9.1982 - 25.12.2011

Yang keduanya pula, kawan baik aku akan berpindah ke Kuantan mengikut suaminya yang naik pangkat. Oh sedih giler. Aku nak wish semoga berbahagia di tempat baru. Aku dah takde kawan nak gossip kot. Tak sangka persahabatan bermula di BPPK berpanjangan walaupun aku ni dah merantau segala bahagian dan juga jabatan. You are the best one lah!....Jangan lupa aku bila ada kawan baru...huuhu...---mode sedih---

Di, jangan lupakan aku tau. Pas ni aku kesepian di hari Jumaat...huhuu...

Semoga sahabat-sahabatku berbahagia di dunia dan akhirat. Buat Noria, Al-Fatihah....

Love,
Azura

Tuesday, January 3, 2012

---2012---

Salam...


Tahun 2011 dah pon melabuhkan tirainya. Yang paling sinonim dengan tahun baru adalah azam. Macam mana azam 2011 dah tercapai ke?? Aku pulak takde pon azam...Bagi aku, azam bukan dibuat setiap tahun tapi setiap kali bila buat kesalahan...mesti lah berazam untuk berubah kepada yang lebih baik. Selalunya, setiap permulaan tahun adalah sangat normal dimulakan dengan konsert la, lepak dataran la dan segala macam aktiviti lagho. Tapi ada juga yang memulakan dengan azam yang baik dan juga dengan aktiviti2 yang berfaedah. 

Tahun 2012 dalam hidup aku dimulakan dengan begitu gembira. Alhamdulillah Allah berikan kesempatan untuk kami sekeluarga berkumpul dan mengeratkan silaturrahim. Semoga ikatan kekeluargaan ini akan lebih bahagia dan disulami dengan doa-doa yang baik-baik.

Pagi Ahad yang gemilang 1.1.2012 kami sepupu sepapat termasuk mak-mak sedara, bapak sedara termasuk Opah tersayang berkumpul di Bukit Kiara Equestrian & Country Club. Pertama sekali, agendanya bermula dengan sukaneka kanak-kanak kemudian yang tua-tua ni lempor bola bowling sampai lebam. Aku pulak sekadar memeriahkan acara. Ammar perlu diberi kasih sayang...heheheh....tapi aku merupakan supporter untuk kumpulan hasben aku.


 Antara aksi-aksi keluarga Abu Hanifah semasa acara lempor bola bowling di club tersebut.

Group hasben aku menang nombor dua setelah seri dengan group kazen aku. 


Yang paling best siap ada cabutan bertuah. Semoga Tuhan murahkan rezeki kazen kazen aku yang sponsor hadiah cabutan bertuah. Hasben and Ammar menang voucher Papa John RM10. Aku?....Kosong. Jadi la kongsi rezeki famili. Yang penting matlamat acara adalah untuk merapatkan silaturrahim.

Love,
Azura