Can't wait to meet u

Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, January 3, 2012

---2012---

Salam...


Tahun 2011 dah pon melabuhkan tirainya. Yang paling sinonim dengan tahun baru adalah azam. Macam mana azam 2011 dah tercapai ke?? Aku pulak takde pon azam...Bagi aku, azam bukan dibuat setiap tahun tapi setiap kali bila buat kesalahan...mesti lah berazam untuk berubah kepada yang lebih baik. Selalunya, setiap permulaan tahun adalah sangat normal dimulakan dengan konsert la, lepak dataran la dan segala macam aktiviti lagho. Tapi ada juga yang memulakan dengan azam yang baik dan juga dengan aktiviti2 yang berfaedah. 

Tahun 2012 dalam hidup aku dimulakan dengan begitu gembira. Alhamdulillah Allah berikan kesempatan untuk kami sekeluarga berkumpul dan mengeratkan silaturrahim. Semoga ikatan kekeluargaan ini akan lebih bahagia dan disulami dengan doa-doa yang baik-baik.

Pagi Ahad yang gemilang 1.1.2012 kami sepupu sepapat termasuk mak-mak sedara, bapak sedara termasuk Opah tersayang berkumpul di Bukit Kiara Equestrian & Country Club. Pertama sekali, agendanya bermula dengan sukaneka kanak-kanak kemudian yang tua-tua ni lempor bola bowling sampai lebam. Aku pulak sekadar memeriahkan acara. Ammar perlu diberi kasih sayang...heheheh....tapi aku merupakan supporter untuk kumpulan hasben aku.


 Antara aksi-aksi keluarga Abu Hanifah semasa acara lempor bola bowling di club tersebut.

Group hasben aku menang nombor dua setelah seri dengan group kazen aku. 


Yang paling best siap ada cabutan bertuah. Semoga Tuhan murahkan rezeki kazen kazen aku yang sponsor hadiah cabutan bertuah. Hasben and Ammar menang voucher Papa John RM10. Aku?....Kosong. Jadi la kongsi rezeki famili. Yang penting matlamat acara adalah untuk merapatkan silaturrahim.

Love,
Azura

No comments:

Post a Comment