Can't wait to meet u

Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, November 23, 2011

---kuning@jaundis---

Salam...
Okey, dalam entri sebelum ni aku dah bitau yang aku nak share tips pasal elak baby dapat demam kuning atau jaundis. Aku adalah sangat excited untuk share pengalaman ni sebab terdengar isu ini diperkatakan di Sinar FM. Kalau ikutkan hati nak jer telefon Sinar masa tu dan share pengalaman aku sendiri. Okey, kita mulakan daripada apa itu demam kuning atau jaundis. Menurut mybengkung:
"Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. 
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor."
Jadi, apa yang boleh kita buat untuk elak anak kita daripada kene demam kuning. Aku dapat tips ni daripada kawan baik aku. Dia bitau aku bila dah masuk third trimester minum la susu kambing untuk elak jaundis sebab anak die memang tak kene jaundis. So, aku pon ikut la saranan die. Dalam mencari cari susu kambing, aku terjumpa susu kambing Karihome kat Baby Fair, Midvalley. Susu tepung tau. Korang boleh bancuh dengan milo ke untuk hilangkan rasa hamis kambing tu. Aku memang amalkan. Menurut orang yang jual susu tu kata, susu kambing Karihome ni boleh elakkan baby daripada dapat eczima (betul ke aku eja ni??...janji korang faham). Alhamdulillah, memang berhasil. Ammar tak kene jaundis. 
Susu Karihome adalah seperti imej di bawah:
Imej: Encik Google

Cuba lah kalau nak tau benar atau tidak. Lagi satu, menurut jururawat yang datang check up aku, die kata jangan bagi baby minum susu kambing dan ibu pon jangan minum susu kambing sebab takut baby tak tahan panas. Penyelesaian kedua adalah dengan breastfeeding jer kepada baby kita tu...

Next entri aku bagi tips untuk bagi banyak susu ek!

Love,
Azura

Tuesday, November 22, 2011

---sibuk---

Salam...

Kalau sebelum ni tajuk entri aku adalah ---bosan---, tajuk entri kali ni sangat berbeza...Ya, aku sudah mula sibuk dan kepala otak aku semakin sesak dan semak dengan hal-hal kerja. Nak sangat kerja kan??...amik kau...buat sampai muntah...

Tapi mula terasa aku bekerja kalau nak dibandingkan dengan keadaan sebelumnya...Okay la, enough about kerja.

Sekarang ni Ammar dah 5 bulan. How time flies!!...tak sedar pon anak teruna aku nan seorang tu dah besar dan dah nak merangkak dah. Dan selama 5 bulan jugak aku berjaya fully bf. Alhamdulillah..tuhan bagi aku kesempatan untuk menyusu badan sepenuhnya untuk dak Ammar. So, for those ou there yang cuba nak bf dan sedang bf, teruskan usaha anda. You can do it!!...

Next entri, aku akan share pasal kenapa Ammar tak kene demam kuning atau Jaundis.

Love,
Azura

Wednesday, October 19, 2011

---bosan---

Salam...

Hari-hari ku semakin bosan di jabatan baru ni. Dah lapor diri lebih daripada sebulan. Tapi apa pon takde. Keje belum lagi diberikan...asyik makan gaji buta jer. Ingatkan bertukar jabatan akan memberi harapan yang baru. Tapi hampeh...lebih baik di jabatan lama. Budaya di sini sangat berbeza dengan jabatan lama. Haiiii....apa la nasib aku ni. Pergi ke mana mana pon masih sama. Lebih baik aku bekerja di jabatan lama. Semuanya sama sahaja. BOSAN....

Entah sampai bila la nasibku akan berubah. Sudah puas aku berusaha nak dapatkan apa yang aku impikan. Orang kata usaha perlu ada. Dah berapa banyak jabatan sudah aku pergi. Tapi semuanya sama sahaja. Bila aku sudah dapat tempat yang diimpikan, ada pula yang mengacau. Aku betul-betul tak faham. Betul...bukan semua kehendak kita akan kita dapat. Tapi aku berusaha untuk dapatkan apa yang aku nak. Tapi...masih lagi begitu...ya...hanya ALLAH sahaja yang tau apa yang TERBAIK untuk umat-Nya. Perlukah aku redha??....Sekurang-kurangnya aku masih lagi ada pekerjaan, sedangkan di luar sana ramai yang berebut rebut nak menjadi seorang pitidi. Ya, syukurlah dengan apa yang ada. 

Aku perlu bersyukur. 

Love,
Azura

Monday, October 10, 2011

---daftar---

Salam

Wah...!...ramainya yang tersenyum lepas dengar Bajet 2012. Aku juga adalah salah seorang daripadanya. Yer la kan, dah la dapat bonus, dapat tambah gaji lagi. Takkan tak seronok kot. Tapi dalam bajet kali ni, aku lebih tertarik dengan pendaftaran naik haji melalui caruman KWSP. Hmmm...satu perkara yang sepatutnya dilakukan daripada dulu lagi. Walau bagaimanapun, aku sekeluarga telah pon mendaftar dengan Tabung Haji untuk mendaftar menunaikan haji. Itu pon dalam jangkaan 20 tahun daripada sekarang. Entah panjang entah tidak umur aku. Tapi sekurang-kurangnya aku dah pon mendaftar. Syarat mendaftar hanya perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM1300 dalam simpanan Tabung Haji.

Kawan-kawan, apa lagi?...jom la mendaftar naik haji secara online di laman web Tabung Haji.

Love,
Azura

Thursday, October 6, 2011

---dapur mas---

Salam


Yang pertama sekali komen aku adalah sangat MAHAL!...apa kejadah kalau makan ikan bakar kembung dengan nasi dan sedikit kuah + milo panas = RM7. Aku masih tak paham kenapa d*apur mas presint 9 sangat mahal. Harga yang sungguh tidak berpatutan. Mencekik darah!...So, readers...jangan makan di situ. Sudah la mahal, masakan pon bukannya sedap sangat. Baik makan mamak.


p/s: Taubat aku tak makan kat situ lagi.


Love,
Azura

Thursday, September 29, 2011

---cabaran---

Salam


Dalam entri kali ni, aku nak bercakap tentang cabaran. Cabaran apa ek?...Dalam hidup kita ni kalo takde cabaran bukan la hidup namanya. Orang kata cabaran ni la yang mewarnai hidup kita. Kalo tak, hidup kita takde warna, bosan kot. Cabaran yang paling susah bagi aku setelah bergelar seorang ibu adalah menyusu badan a.k.a breastfeeding. Pergh! Memang pedih...sesungguhnya memang aku dan suami mahu menyusukan susu badan kepada Ammar secara eksklusif selama 6 bulan dan terus menyusu badan dengan makanan pelengkap selepas 6 bulan. Tapi cabarannya memang sangat psiko.

Antara cabarannya adalah seperti berikut:
1. Mak aku tak pernah support untuk aku menyusu badan sepenuhnya. 
   Alasan: Takut baby tak puas menyusu and tak tau baby kenyang ke tak. Sebab kalo bagi botol boleh tau berapa oz die dah minum.---->aku buat tak tau walaupun sedih.

2. Makcik aku (kakak mak aku yang sulung) selalu memberi nasihat yang bagi aku agak mengarut dan mak aku akan terpengaruh. Contohnya, masa dalam pantang Ammar selalu sangat buang air besar sampai bontot comel die luka. Sebab sehari tak tau berapa kali membuang. Makcik aku cakap kalau menyusu badan, baby memang kerap membuang dan potensi bontot luka memang tinggi. Kalau tak nak kejadian itu berlaku hendaklah campur formula milk (fm). ---->Aku sangat bengang tapi diam sahaja. Mak aku terpengaruh ok?

3. Jiran depan rumah mak aku juga suka memberi nasihat yang boleh mempengaruhi mak aku hanya kerana jiran aku tu mempunyai ramai anak lelaki. 

Jiran: Adik (panggilan jiran aku untuk aku) nanti bila Ammar dah masuk 4 bulan adik kena bagi die minum nestum. Masa tu baby lelaki kuat menyusu.

Aku: ---senyum---

Mak: Itu ler memang kena campur. Budak lelaki memang kuat menyusu.

Aku: Kalau boleh nak bagi susu badan jer sampai 6 bulan.

Jiran: Boleh...nanti adik la yang teruk. Sket sket nak nyusu ja.

Aku: Cuba. Kene cuba.

Mak: ---diam--- (tak setuju la tu...hehehehe)

4. Suami jiran yang sama punya nasihat lagi macam jahanam.

Suami jiran: Adik nanti hantaq Ammar rumah orang ka?

Aku: Ha'ah. Ada orang bela budak dekat dengan area rumah.

Suami jiran: Nanti bagi botoi la.

Aku: Ha'ah, tapi susu badan la. Sebab tu dah start ajar Ammar minum botol daripada skang.

Suami jiran: Macam mana nak bagi susu badan?Pam?

Aku: ---angguk---

Suami jiran: Adik bebaik. Nanti pam pam, t*etek jadi panjang macam kawan acik kat opis tu.

Aku: ---diam--- (dalam hati: WTF?...laki aku pon tak pernah komplen)

Aku rasa sangat sakit hati bila bercakap dengan orang yang berfikiran cetek dan tak mementingkan faedah dan kebaikan untuk anak-anak. Mak dengan Bapak aku diam. Aku geram dan buat degil. 

5. Selepas berpantang, timbullah bulan Ramadhan. Aku memang berniat untuk berpuasa walaupun menyusu badan. Mak aku bersembang dengan mak mertua aku.

Mak: Bulan puasa ni tak tau la macam mana. Die ni menyusu budak.

Mak mertua: Saya dulu, mak mertua saya tak bagi puasa sebab menyusukan Boy (nama manja laki aku).

Mak: Itu ler.

Mak tengok aku dan dengan selamba aku jawab.

Aku: Kene cuba dulu. Jangan nak dengar cakap orang jer. Kekadang tu semua tu mitos jer. Masa sahur makan dgn minum la banyak banyak.

Boleh aku jawab macam tu? Mak mertua aku diam, mak aku pon diam. Geram. Takkan la sebab menyusu badan tak boleh berpuasa melainkan memudaratkan. Sebelum tau mudarat ke tak mesti la kene cuba dulu kan?...

Itu lah antara cabaran daripada keluarga yang perlu aku hadapi. Aku tak salahkan mak aku dalam hal ni, sebab zaman dulu ibu ibu tidak diberi pendedahan tentang khasiat susu ibu. Zaman dulu pon bukan macam sekarang ni, ada pam bagai.

Jadi, kesimpulannya buat tak tau jer bila derang ni bercakap perkara yang bukan bukan dan tak logik. Teruskan breastfeeding tu. Alhamdulillah 3 bulan setengah ni Ammar masih lagi menyusu badan dan aku tak nak give up.

Love,
Azura

Tuesday, September 27, 2011

Berkorban

Salam

Hari ini aku sangat mengantuk. Macam ni la agaknya mak-mak kita dulu bersengkang mata menjaga kita masa kecil dan tak nak tidur malam. Patut la syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 

Malam tadi tak tau kenapa Ammar tak nak tidur. Asyik merengek jer. Bagi susu tak nak, baring tak nak. Asyik nak beriba jer. Aduh!...mama penat la Ammar. Esok nak kerja lagi. Tapi apakan daya, anak punya pasal mama tidur duduk la jawabnyer.

Malam tadi juga mama berterus terang dengan papa. Tak tau la papa boleh terima atau tidak. Mama tak kisah kalau papa nak bawak Ammar jumpa Uci dengan Ninek. Tapi Uci dengan Ninek tak pernah alert dengan kemahuan Ammar. Bila balik umah Ammar akan meragam. Mama letih, dan mama rasa papa tak pernah nak cuba faham keadaan mama. Tuhan sahaja yang tahu betapa penatnyer mama bila menyusu badan dan juga bekerja. Bukan mama merungut tapi mama juga mahu berehat. Mama lagi sedih bila Ammar tak nak menyusu semalam. Hati ini hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya mama bila Ammar menolak untuk menyusu. Susahnya hati mama. Sampai pagi tadi sebelum ke rumah pengasuh pon Ammar menyusu sikit jer daripada badan mama. Sesungguhnya cabaran menyusun badan amatlah besarnya.

Ya Allah, ya tuhanku. Kau berikanlah aku semangat dan kekuatan untuk terus menyusu badan untuk anakku. Amin...

Love,
Azura

Friday, September 23, 2011

Yang Pertama

Salam

Nukilan yang pertama ni tak banyak yang aku nak tulis. Keadaan pon tidak mengizinkan. Dengan bertugas di jabatan baru dengan pangkat yang baru. Bukan nak riak naik pangkat...cuma kerana naik pangkatlah aku bertukar jabatan. Alhamdulillah...semua ini rezeki anak namanya. 
Sebelum ni aku pernah bertanya pada seorang rakan, Montok, "Betul ke ada rezeki anak nanti ek?". Montok dengan tersenyum pon jawab, "Puan, dulu masa saya dapat Yaya pon hasben saya naik pangkat. InsyaALLAH, Dia akan bagi kita rezeki.". Aku diam dan yakin semuanya datang daripada-Nya. 
Memang betul pon. Masa aku mengandung lagi, aku menang peraduan, dapat tv LED...boleh la bawak masuk umah baru kan?...hehehehehe....masa aku mengandung juga aku mula buat bisnes kecil kecilan...Alhamdulillah...ada juga pendapatan sampingan...tak lama lepas bersalin dapat pula naik pangkat. 
Eh! dalam entri yang pertama ni banyak pertama yang berlaku. Ini adalah entri aku yang pertama, tak lama lagi aku akan berpindah ke rumah pertama yang dibeli sendiri bersama dengan anak yang pertama. Nanti boleh la aku share dengan korang semua pasal deko deko rumah (ewah!) dan juga pasal parenting yang aku sendiri sedang belajar.

Okay la, sampai sini dulu. Jumpa di entri yang akan datang.

Love,
Azura