Can't wait to meet u

Lilypie Pregnancy tickers

Thursday, November 1, 2012

---ketawa---

Sumber: Pakcik Google

Salam,

Entri kali ni aku nak buat luahan perasaan sikit. Wahhh....dah lama tak buat entri, tetiba pulak nak buat entri luahan perasaan gitu..

Okay, back to the story. Setelah setahun aku kat jabatan baru ni, aku mula terasa happy dan kawan-kawan pon okay. Walaupun diaorang tak sebest yang tempat yang pertama, but they are still okay. Hmm...sebelum ni aku memang takde roomate sebab roomate aku dah habis kontrak. So, pada bulan Julai yang permai aku dapat roomate baru and yes I'm happy sebab dah ada orang aku boleh borak2 dan yang paling penting aku ada buddy dalam kerja-kerja kat sini. Takde la aku tanggung sengsorang macam sebelum ni. Tapi, mungkin hari ini aku agak over. Tapi roomate aku buat lawak pada pagi Khamis yang permai. Ya..memang kuat. Tapi perlu ker jadi isu??...aku pon manusia juga. 

Kenapa??...kalau pegawai tak boleh ketawa??...aku sangat stress kat sini and yet I have to laugh in order to get my motivation. And yes, aku tak sangka benda macam nak jadi isu. Selama hari ini aku tak kisah pon kalo aku keluar derang tengah berlonggok makan-makan...kerja pon kene la ada take a break, kan??



Sumber: Pakcik Google

Anyway, I have always believe that laugh is the best medicine.


Love,
Azura







Tuesday, February 28, 2012

---Port Dickson---

Salam,

Dah lama tak update blog ni...been really busy lately. Mana taknya, during minggu CNY itu hari aku pindah rumah. Lega rasanya bila dah pindah rumah sendiri, walaupun tetiap bulan kopak duit nak bayar. Syukur, rezeki dari Allah.

Lepas dah penat berpindah randah dari rumah tumpangan bapak mertua aku, kitaorang nak la pergi menenangkan diri. So, kitaorang dah lama booked satu hotel di PD ni untuk bercuti cuti dan bermalasan. Hotel ni pon aku tahu daripada blog kawan aku, Lein. Grand Lexis, yang dulunya dikenali sebagai International Water Homes. Rate aku bagi dari semua segi la servis dan kemudahan would be 8 out of 10. Mmg privacy la...saper yg nak honeymoon, mmg sesuwai la sangat. Tapi untuk famili pon sesuwai sebab kat situ ada gym, sauna, private pool or public pool, ada archery n many more. Makanan die so-so jer la...takde la sedap sangat.

So, take a look at the pics!

 ---Ammar atas katil, baru check in---

 ---Ready nak masuk pool---

---Breakfast--- 

---Mama, Ammar nampak water la..hihihi---


So, to me it's recommended.




Love,
Azura

Saturday, January 14, 2012

---7 bulan---

Salam...

azurarazali
Ammar @ 6 months + (1.1.2012)

Diam tak diam, anak teruna I yang seorang ni dah pun 7 bulan!...How time flies...tak sedar pon...mama pon sama tua la....huhuhu...tahun ni mama dah nak masuk 3 series la sayang....

Ammar dah boleh berdiri!...giler laju kot progress si tomei ni...hihihi....So, mama and papa decide nak pergi vacation somewhere in February nanti sebab anak mama ni dah pandai berdiri....ke mana??....tunggu...yang pasti dalam Malaysia jer...tapi I pon excited la u olls!...See ya...

Wassalam.

Love,
Azura.

Wednesday, January 4, 2012

---memories---

Salam...

Tahun 2012 akan bermula dengan suasana dan keadaan baru dalam hidup aku. Pertama sekali, aku telah kehilangan seorang kawan. Beliau telah dipanggil Ilahi kerana komplikasi selepas bersalin. Semoga beliau tenang di sana. Memang la aku tak rapat dengan die, tapi kami sama sama report duty di kementerian yang sama untuk first posting. 


Noria binti Idris
1.9.1982 - 25.12.2011

Yang keduanya pula, kawan baik aku akan berpindah ke Kuantan mengikut suaminya yang naik pangkat. Oh sedih giler. Aku nak wish semoga berbahagia di tempat baru. Aku dah takde kawan nak gossip kot. Tak sangka persahabatan bermula di BPPK berpanjangan walaupun aku ni dah merantau segala bahagian dan juga jabatan. You are the best one lah!....Jangan lupa aku bila ada kawan baru...huuhu...---mode sedih---

Di, jangan lupakan aku tau. Pas ni aku kesepian di hari Jumaat...huhuu...

Semoga sahabat-sahabatku berbahagia di dunia dan akhirat. Buat Noria, Al-Fatihah....

Love,
Azura

Tuesday, January 3, 2012

---2012---

Salam...


Tahun 2011 dah pon melabuhkan tirainya. Yang paling sinonim dengan tahun baru adalah azam. Macam mana azam 2011 dah tercapai ke?? Aku pulak takde pon azam...Bagi aku, azam bukan dibuat setiap tahun tapi setiap kali bila buat kesalahan...mesti lah berazam untuk berubah kepada yang lebih baik. Selalunya, setiap permulaan tahun adalah sangat normal dimulakan dengan konsert la, lepak dataran la dan segala macam aktiviti lagho. Tapi ada juga yang memulakan dengan azam yang baik dan juga dengan aktiviti2 yang berfaedah. 

Tahun 2012 dalam hidup aku dimulakan dengan begitu gembira. Alhamdulillah Allah berikan kesempatan untuk kami sekeluarga berkumpul dan mengeratkan silaturrahim. Semoga ikatan kekeluargaan ini akan lebih bahagia dan disulami dengan doa-doa yang baik-baik.

Pagi Ahad yang gemilang 1.1.2012 kami sepupu sepapat termasuk mak-mak sedara, bapak sedara termasuk Opah tersayang berkumpul di Bukit Kiara Equestrian & Country Club. Pertama sekali, agendanya bermula dengan sukaneka kanak-kanak kemudian yang tua-tua ni lempor bola bowling sampai lebam. Aku pulak sekadar memeriahkan acara. Ammar perlu diberi kasih sayang...heheheh....tapi aku merupakan supporter untuk kumpulan hasben aku.


 Antara aksi-aksi keluarga Abu Hanifah semasa acara lempor bola bowling di club tersebut.

Group hasben aku menang nombor dua setelah seri dengan group kazen aku. 


Yang paling best siap ada cabutan bertuah. Semoga Tuhan murahkan rezeki kazen kazen aku yang sponsor hadiah cabutan bertuah. Hasben and Ammar menang voucher Papa John RM10. Aku?....Kosong. Jadi la kongsi rezeki famili. Yang penting matlamat acara adalah untuk merapatkan silaturrahim.

Love,
Azura

Wednesday, November 23, 2011

---kuning@jaundis---

Salam...
Okey, dalam entri sebelum ni aku dah bitau yang aku nak share tips pasal elak baby dapat demam kuning atau jaundis. Aku adalah sangat excited untuk share pengalaman ni sebab terdengar isu ini diperkatakan di Sinar FM. Kalau ikutkan hati nak jer telefon Sinar masa tu dan share pengalaman aku sendiri. Okey, kita mulakan daripada apa itu demam kuning atau jaundis. Menurut mybengkung:
"Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.
Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi. 
Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor."
Jadi, apa yang boleh kita buat untuk elak anak kita daripada kene demam kuning. Aku dapat tips ni daripada kawan baik aku. Dia bitau aku bila dah masuk third trimester minum la susu kambing untuk elak jaundis sebab anak die memang tak kene jaundis. So, aku pon ikut la saranan die. Dalam mencari cari susu kambing, aku terjumpa susu kambing Karihome kat Baby Fair, Midvalley. Susu tepung tau. Korang boleh bancuh dengan milo ke untuk hilangkan rasa hamis kambing tu. Aku memang amalkan. Menurut orang yang jual susu tu kata, susu kambing Karihome ni boleh elakkan baby daripada dapat eczima (betul ke aku eja ni??...janji korang faham). Alhamdulillah, memang berhasil. Ammar tak kene jaundis. 
Susu Karihome adalah seperti imej di bawah:
Imej: Encik Google

Cuba lah kalau nak tau benar atau tidak. Lagi satu, menurut jururawat yang datang check up aku, die kata jangan bagi baby minum susu kambing dan ibu pon jangan minum susu kambing sebab takut baby tak tahan panas. Penyelesaian kedua adalah dengan breastfeeding jer kepada baby kita tu...

Next entri aku bagi tips untuk bagi banyak susu ek!

Love,
Azura

Tuesday, November 22, 2011

---sibuk---

Salam...

Kalau sebelum ni tajuk entri aku adalah ---bosan---, tajuk entri kali ni sangat berbeza...Ya, aku sudah mula sibuk dan kepala otak aku semakin sesak dan semak dengan hal-hal kerja. Nak sangat kerja kan??...amik kau...buat sampai muntah...

Tapi mula terasa aku bekerja kalau nak dibandingkan dengan keadaan sebelumnya...Okay la, enough about kerja.

Sekarang ni Ammar dah 5 bulan. How time flies!!...tak sedar pon anak teruna aku nan seorang tu dah besar dan dah nak merangkak dah. Dan selama 5 bulan jugak aku berjaya fully bf. Alhamdulillah..tuhan bagi aku kesempatan untuk menyusu badan sepenuhnya untuk dak Ammar. So, for those ou there yang cuba nak bf dan sedang bf, teruskan usaha anda. You can do it!!...

Next entri, aku akan share pasal kenapa Ammar tak kene demam kuning atau Jaundis.

Love,
Azura