Can't wait to meet u

Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, April 30, 2014

---Duit---

Sumber: Pakcik Google
Salam

Agak lama aku menyepi. Tak tau nak share apa dengan korang. Tapi hari ni aku nak citer pasal D.U.I.T. Sape kat dunia ni yang tak suke duit??...Konpem xde sape yang akan mengaku. Dunia skang ni semuanya perlukan duit. Waima nak masuk tandas awam pon kene bayar. Siap ada kategori mandi, buang air besar atau buang air kecil. Huh!!..sungguh tak munasabah. Masa memula aku nampak kategori macam tu, aku rasa benda tu lawak. Tapi lelama aku rasa menjengkelkan sebab, kalo tandas ko super bersih dan wangi takper la kan.Ini tikus pon tak sanggup buat sarang.

Sumber: Pakcik Google

Sumber: Pakcik Google

Macam dalam gambar kat atas tu kan??...nak letak gambar tandas awam sebagai contoh, tak lalu la pulak aku. Ok, enough about toilet. Boleh citer dalam entri lain. Skang ni tajuk aku adalah duit. Mak aku pernah kata "Duit banyak mana pon tak cukup." Dulu, aku xpaham tapi skang ni bila dah keje dan dah ada komitmen kene bayar tetiap bulan baru paham cakap mak. Betul la, duit banyak mana pon takkan cukup. 

Kami suami isteri keje makan gaji dan setakat ni alhamdulillah cukup untuk kami 3 beranak. Tapi bulan puasa tahun ni, in shaa Allah akan jadi berempat. Rezeki anak kita tak tau kan??...ALLAH kan maha mengetahui dan maha penyayang. Tapi rasa risau tak cukup duit tu sentiasa ada. Kalo Ammar kekadang mintak mainan dan tak dapat belikan, aku jatuh kesian kat die. He doesn't know anything and yet he has the right to be happy. 

Naik gaji berapa kali pun, kehidupan tetap begitu. Tidak mewah dan tidak pula tidak cukup. Kekadang terfikir jugak, ni mesti banyak curi tulang masa kerja . Kita semua ni manusia biasa. Takkan lari dari membuat kesilapan. Tapi bila dah sedar, jangan la pulak x buat penambahbaikan. Jadi, bagi yang di luar sana jangan risau sangat pasal duit dan jangan jadi hamba duit. Jangan sampai lupa yang bagi rezeki ni semua dariNya. 

Love,
Azura

---Baby Blanket---

Salam

Ini adalah trial product from me to all my mommies out there! Blanket yang sesuai dijadikan mattress spread especially bila travelling. So, at least kita tau our baby is sleeping on a clean spread kan?..Harga promosi RM50 including postage. Saiz blanket ni 130cm x 110cm. If interested and serious to buy boleh emel ke azutubbie@gmail.com. Check it out!


 Kod: BB01

 Kod:BB02

 Kod:BB03

Kod:BB04

Kod:BB05

Anyone if interested, boleh tinggalkan komen atau emel seperti yang tertera di atas ek!...Very limited stock sebab memang susah nak dapat banyak design. First come first serve. Happy shopping mommies.

Love,
Azura

Wednesday, April 9, 2014

---Puting Oh! Puting---


Salam,

Ayoyo! Sejak 2-3 bulan kebelakangan ni aku dok nak ceraikan puting untuk Ammar. Adoi! Stress mak...susahnya die nak berpisah dengan puting kesayangan die. Waktu siang hari dah berjaya tak bagi die puting. Bagus gak pengasuh anak aku. Die yang start dulu tak bagi anak aku isap puting. Die buh asam jawa kat puting so that it will look like "shit" dan die pon geli nak isap. Tapi cabaran paling tak tahan untuk aku adalah pada di malam hari.

Ada gak hari-hari yang die berjaya tak isap puting walaupun tidur di waktu malam. Tapi lately ni makin payah plak nak ceraikan puting. Kalo die dah tido, kekadang die bangun dan keluh kesah atas katil nak puting. Unless ada benda yang buat die rasa lupa gian nak isap puting tu. Hai la anak...mencabar betul! Kekadang tu kesian plak tengok die mintak puting dengan penuh rasa kasihan. 

Kalo ada yang nak bagi petua or any ideas on how to get rid pacifier from our child, please share it with me guys!


Lelama bleh jadi macam zebra dalam gambar kat atas ni ha....Dah nak ada adik, tak macho la abang isap puting lagi kan?...Next year dah nak anta gi sekolah dan dengan masalah tak nak mandi!..Omai!!...Macam mana nak gi sekolah kalo nak mandi pon liat. Tetiap hari nak kene gadoh dulu, baru mandi. Malu jer jiran-jiran dengar aku ni menjerit-jerit suh mandi. Mencabar betul la...

Love,
Azura.

Friday, March 28, 2014

---Kopi 434---


Salam,

Rasa dah lama tak update blog ni. Lately ni bz sket dan macam takde idea plak nak share citer pasal apa dengan uols. Tapi kehadiran Kopi 434, telah membuatkan aku nak share dengan korang pasal kopi ni. I'm not a coffee lover, tapi hasben aku is a coffee lover. Antara peberet die adalah Kopi 434 ni. 

Nak jadikan citer, ada sorang officer baru kat tempat aku ni kawen dengan orang Muar. Tetiba aku teringat yang stok kopi ni kat umah dah abis. Maka dengan rasa konpidennya aku tanya die boleh tak tolong belikan kopi ni kalo balik Muar. Die pon kata mak mentua die nak datang sini dan kalo nak die boleh tolong pesankan. Of course, aku teruja! Tak sabar nak bau kopi ni. 

Akhirnya pesanan diterima dan tak teragak-agak hasben aku terus pesan 2 balang. Maklum la kat sini susah nak dapat. Kebetulan, parents aku pon ada kat umah aku, sekali jatuh centa jugak dengan kopi ni. Yang bestnya aku lupa nak pesan untuk kakak aku yang dah terpengaruh dengan hasben aku tuk minum kopi ni. Hehehehe...Sorry la sis!...I terforgot la...Next time la ek!

Seriously, kopi ni bagi aku yang bukan coffee lover pon rasa sedap. Bau die sangat-sangat harum dan boleh membuatkan rasa nak minum jer kopi ni. Trust me, korang takkan nyesal punya! So, kesimpulannya famili aku semua dah jatuh cinta dengan kopi ni. 

Sorry la kawan, jawabnya pasni berbalang-balang la aku pesan kat ko. Bulan depan balik Muar lagi kan??Heheehhe....

Love,
Azura

Friday, March 21, 2014

---SPM 2013---




Salam,

Semalam adalah hari bersejarah bagi mereka yang menduduki SPM tahun lepas. Aku teringat plak masa aku amik result SPM. Huuhuhuhuh....berdedar uols, i tell u!..Yer la kan...sape la yang tak berdebor. Lama dah amik SPM ni. Aku adalah last batch yang amik SPM zaman pakai agregate. Mulai tahun 2000 dah guna SPM Terbuka. Tak banyak sangat beza cuma takde aggregate jer dan Gred 1,2 or 3. Lepas tu, aku dah lost dah dengan sistem grading SPM ni. Yang aku tau skang ni derang guna grading A-, A, A+. 


Masa aku dulu, memasing datang bawak kete, maklum la semua pakat amik lesen kete lepas abis SPM. Of course nak tunjuk kat kengkawan yang aku skang dah boleh bawak kete (hahahaha). Aku ni siap kutip kengkawan aku kat umah derang nak pergi sesama amik result. Lucu pon ada. Masa ni la jugak aku sagat pagar sekolah..hahahhaha....Bawak kancil pon tak reti nak bajet. Result SPM aku takde la cemerlang sangat, boleh la..kecewa pon ada masa tu. Tapi aku pujuk hati, asal dapat Gred 1 jadi la. Tapi aku sempat lagi tepon opis mak, nak bitau result SPM. Guna public fon gitew. Masa tu, tak ramai yang mampu pakai henfon. Siap aku kenakan mak aku kata dapat Gred 3, mak pon dengan nada sedih macam redha jer...tapi aku plak tak tahan dengar suara mak, terus cakap result sebenar.

Lepas dah dapat result SPM, of course sebok mengisi borang UPU plak kan. Hmmm....dengan result aku yang tak seberapa tu, aku pasrah jer jurusan apa jer yang layak. Tapi, aku tak berjaya masuk mana-mana IPT walaupun aku dapat offer dari U*NITEN. Tapi mak kata, mak tak mampu sebab yuran mahal. Nak book tempat jer, kene letak RM500 dulu. Aku merajuk dan aku masuk satu kolej kat KL ni. Tapi aku belajar sebulan jer, pastu aku berenti. Mak sedih lagi. Kesian mak. Mak ingat aku tak nak belajar dah. Takper la, ada rezeki lain kot. Hujung tahun ada second intake. Akhirnya aku mohon U*iTM jer dan berjaya mendapat tempat belajar. Itupon mak telefon segala sedara mara yang ada supaya aku dapat cawangan kat Perak jugak. Aku frust jugak sebab aku nak belajar jauh-jauh. Nak buat macam mana, mak nak aku belajar dekat dengan rumah. 

Yang penting, aku berjaya jugak dapat segulung ijazah dan mak bangga. Semuanya mak ek?...Bapak aku cool. Kalo boleh die nak suh aku amik jurusan akaun, tapi tak nak paksa sebab takut tak abis belajar pulak. Takper la bapak, cucu bapak ada untuk jadi akauntan. Itupon kalo derang minat. Yang penting, anak-anak dan cucu-cucu jadi orang berilmu dan berguna. Ye tak?

Love,
Azura.

Tuesday, March 18, 2014

---checklist: barang untuk breastfeeding---

Salam

Entri sebelum ni aku share pasal checklist barang untuk dibeli untuk baby, tapi hari ni aku nak share pasal barang apa yang korang kena beli kalau korang decide nak fully bf.

1. Nursing Bra

  • Nursing bra ni ada macam design. Ada yang wired, ada untuk tidur malam, ada yang padded dan ada yang biasa punya. It's up to you all nak pakai yang mana satu punya design. Masa aku dalam pantang dulu, makcik hasben aku ada macam-macam petua. Jangan pakai bra la masa pantang, jangan minum air banyak-banyak. Tapi, zaman sekarang dah moden better google jer dan cari info. Please wear your nursing bra masa dalam pantang and please drink a lot of water sebab uols akan kehausan dalam pantang sebab bf. Kalo ada yang tanya nak beli nursing bra kat mana, jangan risau, korang boleh beli kat mana-mana kedai yang jual barangan ibu dan anak. Macam aku, untuk nursing bra aku memang prefer untuk pakai yang Fabulousmom punya. 
2. Breast pad
  • Breast pad sangat berguna bila sudah mula bekerja. Bagi ibu-ibu yang dapat rezeki lebih, in shaa Allah melimpah ruah korang punya susu and kalau x pakai breast pad ni, jawabnya basah la baju korang tu. Breast pad ni pon ada 2 jenis iaitu yang disposable dan juga yang boleh dibasuh dan dipakai semula sebab die kain. Aku pakai 2 2, kalau aku kene outstation kena la pakai yang disposable kan? Kalau nak jimat baik beli yang boleh dibasuh tu.
3. Breastfeeding pillow
  • Aku suggest untuk beli sebab kadang-kadang baby menyusu lama dan tanga kita pon dan start lenguh-lenguh. So, better beli la untuk keselesaan untuk baby dan juga mummy.
4. Nipple Cream
  • Owh, please buy this. Aku sangat ngeri bila dengar ada ibu yang menyusu sampai berdarah dan menanah. Aku x pasti sama ada benda ni betul-betul membantu atau tidak sebab aku dari mula bf, aku terus apply every time selepas bf. Aku beli bradn Earth Mama sebab ianya produk organik. Hasben aku sangat support produk organik dan aku pon suke untuk kesihatan baby juga so that die tak terdedah dengan bahan-bahan kimia di awal kelahiran.
5. Breastpump


  • Untuk ibu-ibu yang bf dan bekerja dijemput untk beli breastpump. Breastpump ni pun ada 2 jenis iaitu manual atau elektrik. terserah untuk buat pilihan sama ada nak guna yang manual atau yang elektrik. Tapi yang elektrik agak mahal berbanding dengan manual. Boleh survey dan buat bajet. Skang ni ada macam-macam brand breastpump. Macam aku dulu aku beli Avent. Sebab aku rasa aku mampu untuk beli brand tu dan aku ada 2 2 which is manual and electric. Selain itu, ada jugak breast pump untuk sebelah sahaja atau untuk kedua-dua belah. Apa-apa pun terserah kepada bajet yang ibu-ibu ada. 
6. Cooler Bag
  • Untuk working mommies, please have it. Sebab of course korang nak pam kat opis kan. So, cooler bag ni berfungsi untuk maintain temperature yang sejuk untuk ebm kita. Kalau ada cooler bag, mesti ada cooler pack. Cooler pack ni selalunya kita dah letak kat freezer dan guna bersama cooler bag.
7. Storage untuk susu (EBM)
  • Storage ebm ada 2 jenis jugak. Sama ada uols nak simpan dalam botol atau plastic bag khas untuk ebm. Macam aku, aku prefer plastic bag storage sebab lepas jer guna boleh terus buang...heheheheh....tak payah nak basuh-basuh and sterilize dah. Itu untuk orang malas macam aku dan aku rasa boleh jimat space freezer.
So, aku rasa itu yang aku rasa keperluan untuk ibu menyusu and of course untuk working mommies macam aku jugak. Hope boleh bantu korang untuk buat checklist.

Love,
Azura.

Monday, March 17, 2014

---de' daun spa---

Salam

Entri kali ni nak share pasal or nak review servis di De Daun Spa. This is not sponsored entry ek. Saja nak share dengan readers (ada ke readers???). Hari Rabu hari tu, ada member wassap tanya nak pergi spa tak sebab ada promotion. Aku ni bukan jenis ke spa sebab takde member kot nak gi spa, tapi dalam hati teringin sangat nak pergi. Memandangkan kawan aku dah ajak dan ada promosi, apa salahnya kalau mencuba kan??Kami dah decide nak pergi pada hari Jumaat sebab waktu rehat pon panjang. Bila dah set appointment, kami pon pergi ke spa tersebut di Seri Kembangan di hari Jumaat yang permai. Kawan aku ambil promosi Balinese Massage dan aku tak berani nak massage masa preggy ni, so ambil promosi cuci rambut. 

Memang best la layanan dan servis dia. Peramah semuanya dan cara derang promote servis pon takde la macam paksa-paksa macam sesetengah tempat tu. Bagi kita menyampah jer. Tapi di De' Daun Spa, keadaanya tidak sebegitu which membuatkan kita sebagai pelanggan selesa.


Antara perkhidmatan yang disediakan di spa tersebut adalah seperti di atas. Selamat mencuba.

Love, 
Azura.